Cara Buat Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah

Harga hartanah yang semakin melonjak tinggi memusnahkan impian kebanyakan orang untuk memiliki rumah pertama. Pastinya setiap orang mengimpikan untuk tinggal di kediaman sendiri yang selesa.

Oleh itu pihak KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah dan meringankan beban ahli dalam memiliki rumah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk memohon pengeluaran, ahli mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia & bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

KATEGORI PENGELUARAN

Kategori pengeluaran adalah:

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ ahli keluarga

MAKLUMAT PENGELUARAN

Pinjaman Perumahan

Pengeluaran Individu:

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah
    ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)

Pengeluaran Bersama:

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah
    ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)

Pembiayaan Sendiri/Tunai

Pengeluaran Individu:

  • Harga rumah + tambahan 10%
    ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah)

Pengeluaran Bersama:

  • Harga rumah + tambahan 10%
    ATAU
  • Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk buat permohonan pengeluaran:

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)

Pinjaman dan pembiayaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

Anda boleh semak senarai dokumen yang diperlukan untuk Rumah Pertama dan Rumah Kedua DI SINI.

CARA MOHON PENGELUARAN

Permohonan pengeluaran akaun simpanan KWSP bagi membeli rumah boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:

  • Mohon Melalui e-Pengeluaran
  • Mohon Melalui Pengeluaran Manual

Mohon Melalui e-Pengeluaran

Untuk memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran, ahli perlu mempunyai i-Akaun yang boleh didaftarkan dengan mudah sekali. Klik pautan di bawah untuk cara daftar i-Akaun dan dan buat e-pengeluaran bagi pembelian rumah:

Dengan kemudahan e-pengeluaran, urusan ahli untuk membuat pengeluaran adalah lebih mudah berbanding manual.

Mohon Pengeluaran Manual

Permohonan pengeluaran KWSP untuk membeli rumah juga boleh dilakukan secara manual iaitu pergi ke kaunter KWSP untuk urusan pengeluaran. Ahli perlu sediakan dokumen-dokumen berkaitan seperti yang disenaraikan di atas beserta borang permohonan pengeluaran tersebut:

Selepas sediakan ke semua dokumen yang diperlukan, hantar permohonan anda ke cawangan KWSP terdekat yang boleh dicari DI SINI.

Ahli juga boleh buat Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah sekiranya anda berhasrat untuk membina rumah sendiri. Sekiranya sekarang ahli sedang membayar pinjaman bulanan untuk perumahan, anda juga boleh buat permohonan Pengeluaran KWSP Untuk Mengurangkan Pinjaman Perumahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan KWSP untuk tujuan pembelian rumah, anda boleh rujuk di laman web KWSP.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma