Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pengeluaran i-Sinar Maksimum RM10,000 Boleh Dibuat Oleh Semua Ahli KWSP

Oleh Cikgu Shaari • November 26, 2020 • 2 min baca

Pengeluaran i-Sinar Maksimum RM10,000 Boleh Dibuat Oleh Semua Ahli KWSP
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh semua Ahli KWSP kini telah tiba. Sebelum ini kita telah dimaklumkan bahawa pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar adalah dibenarkan kepada individu yang betul-betul terjejas sahaja.

Namun Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini telah mengumumkan pengeluaran i-Sinar terbuka kepada 8 juta Ahli.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengeluaran i-Sinar KWSP.

SYARAT PENGELUARAN I-SINAR KWSP

Pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 akan diperluas kepada kira-kira lapan juta ahli KWSP. Menurut Menteri Kewangan, pengeluaran terbuka kepada:

  • SEMUA Ahli KWSP tanpa mengira sama ada mereka yang hilang atau terjejas pendapatan
  • Ahli yang bekerja dalam sektor formal atau tidak juga boleh memohon

Setiap ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 sehingga RM10,000.

Walaubagaimanapun, tarikh permohonan pengeluaran Akaun 1 melalui i-Sinar masih belum diumumkan.

SEMAK PENYATA AKAUN KWSP SECARA ONLINE

Untuk persediaan anda, cuba anda semak penyata baki Akaun KWSP anda sekarang. Mudahlah selepas ini untuk anda buat perancangan kewangan bagi pengeluaran Akaun 1 jika perlu.

Tak perlu beratur panjang di kaunter KWSP pun untuk semak baki. Anda boleh semak baki akaun 1 KWSP secara online di sini:

Dah semak baki Akaun KWSP anda, bolehlah anda buat perancangan sebaiknya. Ingat, tinggal juga untuk masa depan nanti.

Peringatan buat semua! KWSP telah memaklumkan agar semua Ahli berwaspada dengan penipuan aplikasi palsu i-Sinar yang tersebar baru-baru ini.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.