Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Mulai 1 April Dengan Pengecualian Tol 7 Hari

Singapura akan membuka semula sempadannya kepada semua pengembara yang lengkap divaksin dari negara atau wilayah dalam Kategori Perjalanan Umumnya dan akan beralih kepada Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin baharu mulai 1 April 2022.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata di bawah Rangka Kerja baharu itu, semua pengembara yang lengkap divaksin dari mana-mana negara atau wilayah akan dibenarkan memasuki Singapura tanpa kuarantin, selagi mereka tidak melawat mana-mana negara atau wilayah dalam Kategori Terhad republik itu dalam tujuh hari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemasukan ke sempadan Singapuran dan pengecualian tol yang disediakan.

TARIKH PEMBUKAAN SEMPADAN MALAYSIA-SEMPADAN

Seperti dimaklumkan, Singapura akan membuka semula sempadannya kepada semua pengembara yang lengkap divaksin dari negara atau wilayah dalam Kategori Perjalanan Umumnya dan akan beralih kepada Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin baharu mulai:

  • 1 April 2022

PENGECUALIAN TOL DI PINTU MASUK MALAYSIA-SINGAPURA

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengecualian bayaran tol selama 7 HARI, iaitu sepanjang tempoh berikut:

  • 1 April – 7 April 2022

Pengecualian bayaran tol ini adalah di:

  • Plaza tol Kompleks Imigresen
  • Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)
  • Bangunan Sultan Iskandar (Tambah Kupang)
  • Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua)

Kerajaan bersetuju melaksanakan pengecualian bayaran tol bagi SEMUA jenis kenderaan darat itu sempena pembukaan semula sempadan darat Malaysia-Singapura pada 1 April ini.

pengecualian itu yang dilaksanakan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara, adalah khusus untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.

Pemberian pengecualian bayaran tol ini membabitkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh itu.

PENGEMBARA YANG TIBA DI MALAYSIA DARI SINGAPURA

Berikut adalah senarai semak untuk pengembara yang tiba di Malaysia dari Singapura mulai 1 April 2022:

PLUS menganggarkan sekurang-kurangnya 42,000 kenderaan akan memasuki Malaysia menerusi Tambah Johor dan Linkedua setiap hari. Keputusan pelepasan tol ini akan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan Malaysia-Singapura bagi pemilik-pemilik kenderaan.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma