Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Daftar Pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) PERKESO

Oleh Cikgu Shaari • March 2, 2021 • 2 min baca

Daftar Pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) PERKESO
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengecualikan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan yang membuat pendaftaran sehingga Jun 2021.

Pengecualian ini terpakai kepada pendaftaran di bawah kedua-dua Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) PERKESO.

TEMPOH PENDAFTARAN

PERKESO membuka pendaftaran pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan pada:

  • 1 Mac hingga 30 Jun 2021

Bagi majikan yang telah melewati tempoh tersebut pula, diskaun akan diberikan kepada kompaun yang dikenakan.

FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)

Majikan dikenakan FCLB kerana majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan pekerja tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya.

Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 28 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

CARA BUAT RAYUAN DCLB PERKESO

Berikut adalah panduan membuat rayuan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB):

  1. Pergi ke laman My Sites
  2. Klik PERKESO – Caruman/SIP – Caruman
  3. Klik FCLB
  4. Klik Permintaan untuk rayuan
  5. Tandakan Notis ID FCLB
  6. Klik Pilih
  7. Klik Simpan dan teruskan
  8. Klik Tambah Dokumen (Surat Rasmi/Rayuan)
  9. Klik Simpan dan Teruskan
  10. Klik Hantar
  11. Klik Pengesahan

Insentif ini merupakan penghargaan daripada Perkeso bersempena sambutan Jubli Emas pertubuhan ini atas kerjasama dan sokongan majikan-majikan di seluruh negara selama ini.

Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan majikan kerana Perkeso sedia maklum kesukaran dihadapi majikan dalam situasi pandemik Covid-19.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Faedah Caruman Lewat Bayar (FLCB) PERKESO, anda boleh terus ke laman berikut:

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.