Pengecualian Cukai Untuk Beli Kereta Sehingga 30 Jun. Buat Pendaftaran Kenderaan Sebelum 31 Mac 2023
Untuk makluman anda, Kerajaan memutuskan tiada pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang yang dijadual berakhir pada 30 Jun ini. Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini masih layak menikmati insentif tersebut. Namun tempoh pendaftaran kenderaan adalah sehingga Mac 2023.
Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah (midpoint solution) bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tempoh pendaftaran kenderaan bagi mendapatkan pengecualian cukai kenderaan.
TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI & PENDAFTARAN KENDERAAN
Kerajaan memutuskan tiada pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang. Oleh itu, rakyat Malaysia yang berhasrat nak buat pembelian kenderaan dan dapatkan pengecualian cukai jalan, anda mestilah buat tempahan kenderaan sebelum:
- Tarikh akhir pengecualian cukai: 30 Jun 2022
Pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini masih layak menikmati insentif tersebut.
Dalam masa sama, pembeli perlu membuat pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum:
- Tarikh akhir pendaftaran kenderaan: 31 Mac 2023
Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah (midpoint solution) bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara
Menerusi inisiatif yang bermula sejak 15 Jun 2020 itu, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan pembeli telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.