Pengecualian Cukai Jualan Kereta Dilanjutkan Hingga Jun 2021. Semak Harga Kereta Tanpa Cukai Di Sini
Kementerian Kewangan (MOF) semalam telah mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang sebelum ini dijadualkan berakhir 31 Disember 2020 kini telah dilanjutkan enam bulan lagi.
Insentif pengecualian cukai ini diperkenalkan sejak 15 Jun 2020 dengan tujuan bagi merangsang ekonomi seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.
Semak maklumat lanjut pengecualian cukai jualan dan senarai harga kereta selepas pengecualian cukai jualan di bawah.
Isi Kandungan
PENGECUALIAN CUKAI JUALAN
MOF telah memaklumkan pengecualian cukai jualan adalah melibatkan:
- Pengecualian cukai jualan penuh bagi kenderaan penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan (CKD)
- Pengecualian 50% cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV import baharu dan import terpakai (CBU)
TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI
Tempoh pengecualian cukai jualan kereta dilanjutkan enam bulan lagi iaitu sehingga:
- Sehingga Jun 2021
SENARAI HARGA KERETA PERODUA
Berikut adalah senarai harga kereta Perodua tanpa Cukai Jualan (SST).
SENARAI HARGA KERETA PROTON
Berikut adalah senarai harga kereta Proton selepas pengecualian cukai.
SENARAI HARGA KERETA HONDA
Berikut adalah senarai kereta Honda selepas pengecualian cukai jualan.
Semenanjung Malaysia:
Sabah & Sarawak
Baca juga: Senarai Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi Selepas 5 Tahun
Jumlah pengurangan harga yang telah ditentukan ini cukup untuk menarik minat belian pengguna.
Sama-sama kita berusaha sedaya upaya menghidupkan kembali industri dan menghasilkan domino untuk ekonomi secara umum. Tunggu apa lagi? Gunakan peluang ini sebaiknya untuk mendapatkan kereta idaman!