Info

Pengecualian Caj RM1 Di ATM MEPS Untuk Pengeluaran Wang Dikekalkan

October 28, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Pengecualian Caj RM1 Di ATM MEPS Untuk Pengeluaran Wang Dikekalkan

Berita baik buat semua! Pengecualian caj tambahan RM1 di mesin ATM MEPS untuk pengeluaran wang masih dikekalkan dan dijangka akan diteruskan untuk tempoh masa yang lebih panjang.

Dengan kemudahan pengecualian yang diberikan ini, rakyat tidak perlu bersusah payah pergi ke bank tertentu untuk mengeluarkan wang tanpa caj. Anda boleh ke ATM MEPS berdekatan dan keluarkan wang tanpa caj tambahan.

Baca selanjutnya di perkongsian bawah.

MEMBERI MANFAAT BESAR TERHADAP PENGGUNA

Pengecualian caj tersebut terbukti memberi manfaat besar terhadap urusan harian pengguna lebih-lebih lagi ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika ini.

  • Tanpa caj berkenaan, pengguna bebas melakukan transaksi di mana-mana tanpa perlu memikirkan pergerakan lebih jauh untuk ke lokasi bank simpanan masing-masing.
  • Ia juga memberi penjimatan kepada bank itu sendiri apabila mereka tidak perlu menyediakan khidmat urusan kaunter dengan penggunaan sumber tenaga dan kos penyewaan premis dapat diminimumkan.
  • Jadi perkhidmatan itu boleh diteruskan secara percuma dengan bank sendiri boleh memberi sumbangan dalam bentuk beberapa peratus kepada MEPS.

TEMPOH PENGECUALIAN CAJ RM1

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian caj RM1 di semua rangkaian ATM MEPS masih dikekalkan sehingga kini.

Menurutnya, sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

Sementara itu, penganalisis ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, secara keseluruhan, impak daripada keputusan yang diumumkan itu lebih membantu golongan B40, manakala impak keseluruhan kepada negara adalah minimum.

Sumber

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda