Pengecualian Bayaran Parking Kereta Kawasan DBKL Seluruh WPKL Sehingga 30 September 2021
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan lanjutan pengecualian bayaran tempat kereta seliaan DBKL di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DBKL amat peduli dan prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh warga kota akibat penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.
Pelbagai kemudahan dan insentif telah disediakan oleh DBKL kepada warga kota termasuk pengecualian bayaran tempat letak kereta di bawah seliaan DBKL bermula 2 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Ogos 2021.
Pengecualian ini melibatkan sejumlah 61,000 petak tempat letak kereta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PENGECUALIAN BAYARAN PARKING KERETA DILANJUTKAN
Terkini, Menteri Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian bayaran tempat letak kereta ini sehingga:
- Tempoh pengecualian: Sehingga 30 September 2021
DBKL berharap dengan lanjutan insnetif ini akan dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan yang dihadapi oleh warga kota.