Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 • Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •

Tawaran Program Graduate Talent Programme Di Bursa Malaysia Terbuka Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • September 3, 2021 • 2 min baca

Tawaran Program Graduate Talent Programme Di Bursa Malaysia Terbuka Buat Graduan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Siapa cakap peluang kerja graduan adalah gelap kerana tiada pengalaman? Ramai yang tak tahu sebenarnya banyak syarikat terkemuka yang menawarkan Graduate Programme atau Program Latihan Kerja buat graduan yang tiada pengalaman kerja. Melalui program ini, graduan akan dilatih untuk bekerja di industri sebagai persediaan ke alam kerja sebenar setelah tamat latihan.

Program ini akan mendedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran berguna yang pasti dapat meningkatkan kebolehpasaran kerja pada masa akan datang. Peserta yang berkelayakan juga berpeluang untuk bekerja secara tetap di syarikat berkaitan jika menunjukkan prestasi yang baik.

BURSA MALAYSIA kini membuka tawaran Graduate Talent Programme kepada graduan yang berminat.

Semak: Senarai Program Latihan Kerja Di Syarikat Terkemuka Khas Untuk Graduan Tanpa Pengalaman 

SYARAT KELAYAKAN

Hanya graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau minimum CGPA 3.50
  • Lepasan Ijazah Sarjana dan PhD juga dipelawa untuk mohon
  • Aktif dalam penglibatan aktiviti ekstrakurikular
  • Memiliki semangat berpasukan
  • Seorang yang bermotivasi diri tinggi dan berminat untuk belajar

STRUKTUR PROGRAM

Program akan dilaksanakan mengikut struktur berikut:

  • Pengajaran secara on-the-job (latihan sambil kerja)
  • Penglibatan komuniti
  • Peluang rangkaian
  • Program pembangunan kerjaya yang bermanfaat

CARA MOHON

Graduan yang berminat untuk mohon menyertai program yang ditawarkan di BURSA MALAYSIA boleh buat permohonan selewat-lewatnya 6 September 2021 melalui email. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen berikut:

  • Cover letter
  • Curriculum Vitae
  • Salinan transkrip pengajian terkini

Hantar permohonan ke alamat email berikut:

  • juniortalent@bursamalaysia.com

**TAJUK EMAIL: GRADUATE TALENT PROGRAMME

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.