Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Pengambilan Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • September 10, 2021 • 2 min baca

Tawaran Pengambilan Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Untuk menjadi seorang anggota PSSTLDM, anda tidak perlu menjadi seorang yang gagah mahupun seorang kuat, tetapi cukuplah anda menjadi seorang yang berusaha keras dan berjiwa besar.

Pasukan Simpanan TLDM KD SRI PINANG kini menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan mempunyai keupayaan serta kemampuan (capability and capacity), selain jati diri yang tinggi dipelawa menjadi Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Semak syarat kelayakan yang diperlukan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria capability dan capacity yang dikehendaki:

  • Warganegara Malaysia lelaki atau perempuan
  • Berumur 18 hingga 45 tahun (Pegawai) dan 18 hingga 35 tahun (Anggota lain-lain pangkat)
  • Mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu SPM/SPMV/SKM
  • Syarat Minimum Ukuran Fizikal:
    – Ketinggian: Lelaki 1.62 m/ Perempuan 1.57m
    – Berat Badan: Lelaki 47.5kg / Perempuan 45kg
    – BMI: 10 – 26.9 (Lelaki/ Perempuan)
    – Ukuran Dada: 76.2 cm – biasa/ 81.2 cm – tarikh nafas

KEISTIMEWAAN MENYERTAI PSSTLDM

Antara keistimewaan menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM adalah:

  • Elaun Latihan
  • Elaun Perjalanan
  • Pakaian Seragam Percuma
  • Saguhati Tahunan (mengikut terma dan syarat)
  • Berpeluang diserap menjadi anggota tetap TLDM (mengikut terma dan syarat)

Pelbagai latihan ketenteraan yang menarik menanti anda:

  • Kem tahunan
  • Latihan renang
  • Latihan menembak
  • Pelayaran bersama kapal-kapal TLDM

CARA MOHON

Bagi calon yang berminat dan memenuhi kriteria kelayakan di atas, permohonan boleh dibuat sehingga 27 September 2021 dengan mengisi borang permohonan secara online yang disediakan di bawah:

borang permohonan pengambilan psstldm

Calon yang layak setelah ditapis akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Untuk makluman anda, calon yang terpilih berpeluang untuk terus berkhidmat di dalam TLDM sebagai Penugasan Sepenuh Masa (PSM) atau diserap ke Perkhidmatan Anggota Tetap, dengan syarat memenuhi keperluan serta ketetapan perkhidmatan atau menyertai industri yang terlibat setelah tamat PSM.

Dapatkan info lanjut di laman Facebook Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.