Permohonan Pengambilan Kedua Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2020/2021 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Bagi lepasan SPM atau STPM/setaraf yang masih tidak mendapat penempatan untuk sambung pengajian ke Universiti Awam atau tidak sempat membuat permohonan UPU, anda masih boleh memohon untuk pengambilan kedua sesi akademik 2020/2021.

Permohonan second intake ini adalah pengambilan sendiri dari pihak Universiti Awam dan calon tidak perlu membuat permohonan melalui UPUOnline.

Berikut adalah senarai Universiti Awam yang membuka pengambilan kedua dan maklumat permohonan.

PERMOHONAN PENGAMBILAN KEDUA KE UNIVERSITI AWAM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Permohonan pengambilan kedua kemasukan ke UIAM bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf masih dibuka seperti berikut:

  • Program Asasi – Ditutup 21 November 2020
  • Porgram Sarjana Muda – Ditutup 30 November 2020

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Permohonan pengambilan kedua kemasukan ke UiTM bagi lepasan STPM/setaraf masih dibuka seperti berikut:

  • Program Sarjana Muda – Ditutup 2 Disember 2020

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Permohonan pengambilan kedua kemasukan ke UMP bagi lepasan STPM/setaraf masih dibuka seperti berikut:

  • Program Sarjana Muda– Ditutup 31 Disember 2020

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Permohonan pengambilan kedua kemasukan ke UMP bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf masih dibuka seperti berikut:

  • Lepasan SPM – Ditutup 25 November 2020
  • Lepasan STPM/ Setaraf – Ditutup 25 Disember 2020

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pengambilan kedua, anda boleh hubungi atau layari laman web universiti berkaitan.

Permohonan Pengambilan Kedua Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2020/2021 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma