Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda UPSI Ambilan Ke-2

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuka permohonan untuk kemasukan ke Program Diploma dan Sarjana Muda ambilan ke-2 sesi 2020/2021 bagi lepasan SPM dan Diploma yang ingin melanjutkan pengajian yang lebih tinggi di UPSI.

Untuk ambilan yang dibuka ini, pemohon tidak perlu memohon melalui laman UPUOnline sebaliknya hanya menggunakan laman permohonan UPSI.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan kemasukan ke UPSI:

Kemasukan Program Diploma

Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda UPSI Ambilan Ke-2

Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda

Semak syarat kemasukan ke Program Sarjana Muda bagi setiap program yang ditawarkan di sini:

TEMPOH PERMOHONAN

  • Diploma: 25 Oktober 2020 hingga 25 November 2020 (mulai jam 12.00 tengah hari)
  • Ijazah Sarjana Muda: 25 Oktober 2020 hingga 25 Disember 2020

BITARA ID

Pemohon mesti membuat pembelian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia Mulai 26 Oktober 2020 untuk akses sistem permohonan.

  • Bitara ID Diploma – RM26.00
  • Bitara ID Sarjana Muda: RM26.00

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan bagi program yang anda mahu, anda boleh buat permohonan melalui laman UPSI berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian dan alamat berikut:

  • Unit Promosi dan Kemasukan
    Bahagian Hal Ehwal Akademik
    Universiti Pendidikan Sultan Idris,
    35900 Tanjong Malim, Perak
  • Tel: 015-4879 7982 / 7872 / 7992
  • Emel: kemasukan.bhea@upsi.edu.my
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma