[Rasmi] Cara Mohon Pengambilan Khas Guru KPM (18,702 Kekosongan/Terbuka Semua Graduan)

Permohonan pengambilan khas guru KPM kini dibuka! Rujuk panduan membuat permohonan melalui mySPP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam masa terdekat. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one-off dan bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan guru.

Graduan Pendidikan dan juga graduan bukan pendidikan boleh ambil peluang ini untuk mohon kemasukan guru yang dijangka ambil bagi bulan Oktober 2021. Permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41) atau guru itu akan dibuka pada bulan Julai 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat permohonan pengambilan guru yang dibuka dan akan menempatkan 18,702 calon.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41) akan dibuka pada:

  • Mulai 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (jam 11.59 malam)

Penempatan guru secara berperingkat  di sekolah masing-masing akan bermula:

  • Oktober 2021

Baca juga: Maksud Pengambilan Khas Guru Secara One-Off & Syarat Kelayakan Pemohon

CABARAN UTAMA

Usaha kerajaan membuka pengambilan khas berskala besar ini adalah bagi menghadapi cabaran utama berikut:

  • Kekurangan calon kelulusan IPG
  • Ketidakpadanan guru & mata pelajaran

SUBJEK TERJEJAS

Antara subjek yang dikatakan terjejas adalah:

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

4 NEGERI YANG MEMPUNYAI KEKOSONGAN TERTINGGI

Empat negeri mempunyai kekosongan guru tertinggi tahun ini adalah:

  • Sarawak
  • Sabah
  • Selangor
  • Johor

Pengambilan Khas Guru Sebanyak 18,702 Dibuka Kepada Semua Graduan. Ini Cara Mohon

CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS GURU

Berikut adalah panduan membuat permohonan pengambilan khas guru atau jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang dibuka mulai 7 Julai 2021:

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP di pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp. Individu yang masih belum pernah mendaftar MySPP boleh DAFTAR MYSPP sebelum buat permohonan.

Dah daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik LOG MASUK.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Dah selesai lengkapkan maklumat, pergi ke bahagian JAWATAN DIMOHON. Masukkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DH41 di bahagian Jawatan yang dimohon.

Pilih pusat temuduga/ Ujian Khas dan klik SIMPAN

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Sahkan jawatan yang dimohon. Klik saya setuju dan HANTAR

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Permohonan anda telah berjaya dihantar! Slip Perakuan Permohonan Jawatan SPP akan dipaparkan. Cetak untuk rujukan akan datang.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Graduan pendidikan dan juga bukan pendidikan diminta untuk ambil peluang yang dibuka ini untuk mula membina kerjaya sebagai seorang guru. Jangan lepaskan peluang ini, mohon sekarang!

Baca: [Lengkap] Panduan Pilih Opsyen Mata Pelajaran Untuk Mohon Pengambilan Khas Guru KPM

Nota: Walau bagaimanapun, SPP ingin memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian, pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma