Pernah Hadir Temuduga, Calon Ini Kongsi Pengalaman & Soalan Temuduga Pensyarah SPP

Berminat nak jadi seorang tenaga pengajar atau pensyarah di Institut Pengajian Tinggi (IPT)? Salah satu cara untuk menjadi seorang pensyarah adalah dengan mengisi kekosongan jawatan dikenali sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Urusan pengambilan jawatan ini adalah dibuka oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang boleh dimohon melalui sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).

Permohonan adalah dibuka sepanjang masa, namun pengambilan adalah apabila ada kekosongan sahaja. Bagi yang dah mohon selepas iklan pengambilan dikeluarkan, anda hanya perlu tunggu keputusan permohonan dan bersedia sekiranya mendapat panggilan temuduga. Nak tahu bagaimana keaadaan dan soalan temuduga bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi?

Pengguna Facebook ini yang merupakan calon yang pernah hadir temuduga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 kongsikan pengalaman beliau hadapi temuduga ini.

PERKONGSIAN CALON HADIR TEMUDUGA PENSYARAH POLITEKNIK

Berikut adalah perkongsian pengalaman calon sepanjang hadiri temuduga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah Politeknik) pada 23 Julai 2019:

Ramai sangat sahabat2 yang tanya interview apa? Dan apa tu SPP. So, saya nak share sikit pada sahabat2 terutama bagi lepasan DQ. SPP ni adalah sebuah suruhanjaya di bawah KPM yang akan mengendalikan perlantikan pegawai2 , pensyarah dan kakitangan bagi Kolej komuniti & Politeknik (betulkan jika saya salah).

So , semalam saya dah ditemuduga. Alhamdulillah.

Ada 2 orang panel. Panel pertama, bekas Datuk Bandar KL (tak ingat namanya) dan panel kedua adalah Dr.Alias (pengarah politeknik Johor) .

Untuk sesi temuduga, akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan. So, setiap kumpulan dalam 6 orang calon

Antara soalan-soalan yang diberikan adalah:

  • perkenalkan diri
  • baca surah (saya kena surah Al-Falaq. Setiap calon berbeza surah yg diberi)
  • terangkan tentang konsep maqasid syariah yg diperkenalkan kerajaan dan bagaimana kamu sebagai pensyarah nak sampaikan perkara ni kepada student.
  • pandangan kamu tentang masyarakat yg semakin memandang negatif terhadap golongan agamawan yg tidak jujur, tiada komitmen & integriti dalam bekerja.
  • 3 item utk menjadi pekerja yg baik.
  • apa yg kamu akan buat utk menjadikan pelajar boleh beramal dengan ilmu supaya dapat melahirkan pelajar2 yg soleh.
  • terangkan apa itu syiah dan bagaimana ingin kenalpasti pelajar yg mengamalkan Syiah.
  • berikan maksud hadis sohih & hadir dhaif.

Dalam sejam setengah juga kami ditemuduga.

Semoga perkongsian pengalaman calon yang pernah hadir temuduga ini boleh diambil sebagai rujukan kepada calon-calon yang bakal ditemuduga nanti. Soalan temuduga adalah berbeza ya mengikut bidang yang dimohon. Anda boleh jadikan contoh soalan yang dikongsikan sebagai panduan untuk persediaan nanti.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma