Permohonan Pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda Di ASWARA Kini Dibuka

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

Bagi calon yang berminat nak smabung pengajian dalam bidang seni budaya dan warisan, anda boleh mohon kemasukan ASWARA bagi program pengajian yang ditawarkan.

MAKLUMAT PENGAJIAN

  • Nama institusi: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Sokongan: Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
  • Pengambilan: Sesi 2022/2023
  • Tarikh tutup permohonan: 12 Ogos 2022

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program pengajian di ASWARA bagi pengajian peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan:

Program Pengajian Asasi

  • Asasi Seni Kreatif

Program Pengajian Diploma

  • Diploma Penulisan Kreatif
  • Diploma Filem dan Video
  • Diploma Animasi
  • Diploma Seni Muzik
  • Diploma Rekaan Komunikasi Visual
  • Diploma Seni Halus
  • Diploma Teater
  • Diploma Seni Tari

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)
  • Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk mengikuti pengajian di ASWARA adalah:

  • Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap yang mempunyai Kad Pengenalan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah; ATAU
  • Memenuhi syarat akademik bagi setiap bidang dinyatakan

Semak syarat akademik bagi setiap bidang pengajian ditawarkan di sini:

SYARAT AKADEMIK BIDANG PENGAJIAN

CARA MOHON KEMASUKAN ASWARA

Sekiranya anda berminat untuk sambung pengajian di ASWARA bagi program pengajian yang ditawarkan, anda boleh hantar permohonan secara online sehingga 12 Ogos 2022 melalui pautan berikut:

Selepas hantar permohonan dan lengkatkan maklumat dengan betul, anda boleh hantar sijil-sijil kelayakan akademik di pautan berikut:

Calon perlu ikut panduan permohonan secara online di bawah:

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan kemasukan ke ASWARA, anda boleh terus ke laman web http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma