Panduan Pendaftaran Anak Ke Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online

Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke Tabika Perpaduan bagi sesi 2022, boleh buat pendaftaran secara online.

TARIKH PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SESI 2022

Pendaftaran anak ke Tabika Perpaduan sesi 2022 dibuka pada:

  • Tarikh pendaftaran: 1 Mac hingga 15 Ogos 2021
  • Tarikh semakan: 15 September hingga 30 September 2021

KOMPONEN KURIKULUM TABIKA PERPADUAN

Antara komponen kurikulum Tabika Perpaduan adalah:

  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Kognitif
  • Perkembangan Fizikal
  • Kerohanian dan Moral
  • Kreativiti dan Estitika

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan pendaftaran anak ke Tabika Perpaduan sesi 2022:

  • Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM1,500
  • Kanak -kanak berumur 4 ~ 6 tahun
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan
  • Pelbagai kaum

CARA DAFTAR ANAK KE TABIKA PERPADUAN SESI 2022 SECARA ONLINE

Ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke Tabika Perpaduan boleh daftar secara online pada tarikh yang ditetapkan dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan www.emaklumat.perpaduan.gov.my/
  2. Klik Daftar Masuk untuk mula buat permohonan
    Panduan Pendaftaran Anak Ke Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online
  3. Bagi KRT, SRS dan TP, sila dapatkan Kata Nama Laluan daripada PPD/PPB yang berkenaan (klik https://www.perpaduan.gov.my/direktori)
    Panduan Pendaftaran Anak Ke Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan log masuk menggunakan ID pengguna yang telah anda daftarkan
  5. Lengkapkan maklumat dan klik HANTAR setelah selesai
  6. Penyata Permohonan Penubuhan Tabika Perpaduan akan dipaparkan
  7. Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SESI 2022

Semakan status pendaftaran Tabika Perpaduan sesi 2022 boleh dibuat mulai 15 September hingga 30 September dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan www.emaklumat.perpaduan.gov.my
  2. Pilih No. MyKid/ No. Surat beranak/ No Kad Pengenalan Penjaga/ No. Rujukan Permohonan.
  3. Masukkan dan klik Carian
    Panduan Pendaftaran Anak Ke Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online
  4. Status pendaftaran Tabika Perpaduan sesi 2022 akan dipaparkan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran anak ke Tabika Perpaduan, anda boleh hubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di saluran berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma