Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar GV41 Lantikan Baharu & Pegawai Berkhidmat

Oleh Cikgu Shaari • September 12, 2022 • 2 min baca

Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar GV41 Lantikan Baharu & Pegawai Berkhidmat
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Calon yang telah memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 dan telah mendapat lantikan serta pegawai sedang berkhidmat diminta untuk mendaftar Sijil profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ ikhtisas yang tepat.

Pegawai berkhidmat atau lantikan baharu yang ingin membuat pendaftaran Sijil profesional dalam SPA9 mestilah berkelayakan seperti dinyatakan dalam poster.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran sijil profesional bagi permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41.

PILIHAN NAMA SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS

Pastikan anda yang memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 mendaftar Sijil Profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ikhtisas yang tepat.

  • Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus); atau
  • Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar.

PENDAFTARAN SIJIL PROFESIONAL LANTIKAN BAHARU

Berikut adalah kelayakan akademik berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 tahun 2016 bagi  Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus):

  • Memiliki Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Jadual Kedua Bahagian 1

Pastikan pemohon MENDAFTAR SIJIL PROFESIONAL dalam SPA9 Pilihan NAMA SIJIL PROFESIONAL IKHTISAS:

  • DAFTAR SEKSYEN 12(1) AKTA DOKTOR VETERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN 1)

PENDAFTARAN SIJIL PROFESIONAL BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar memiliki kelayakan akademik A atau B berdasarkan Pekeliiling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP 1/2016):

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.