Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar GV41 Lantikan Baharu & Pegawai Berkhidmat
Calon yang telah memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 dan telah mendapat lantikan serta pegawai sedang berkhidmat diminta untuk mendaftar Sijil profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ ikhtisas yang tepat.
Pegawai berkhidmat atau lantikan baharu yang ingin membuat pendaftaran Sijil profesional dalam SPA9 mestilah berkelayakan seperti dinyatakan dalam poster.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran sijil profesional bagi permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41.
Isi Kandungan
PILIHAN NAMA SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS
Pastikan anda yang memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 mendaftar Sijil Profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ikhtisas yang tepat.
- Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus); atau
- Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar.
PENDAFTARAN SIJIL PROFESIONAL LANTIKAN BAHARU
Berikut adalah kelayakan akademik berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 tahun 2016 bagi Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus):
- Memiliki Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Jadual Kedua Bahagian 1
Pastikan pemohon MENDAFTAR SIJIL PROFESIONAL dalam SPA9 Pilihan NAMA SIJIL PROFESIONAL IKHTISAS:
- DAFTAR SEKSYEN 12(1) AKTA DOKTOR VETERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN 1)
PENDAFTARAN SIJIL PROFESIONAL BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar memiliki kelayakan akademik A atau B berdasarkan Pekeliiling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP 1/2016):