Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pendaftaran MUET: Tarikh & Cara Daftar Peperiksaan MUET 2020

Oleh eduadmin • January 24, 2020 • 2 min baca

Pendaftaran MUET: Tarikh & Cara Daftar Peperiksaan MUET 2020
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter
Berikut merupakan info Pendaftaran MUET: Tarikh Peperiksaan MUET dan Cara Daftar Menduduki Peperiksaan MUET 2020. Jadikan info ini sebagai panduan awal pendaftaran anda. Segala maklumat lanjut pendaftaran disertakan di bawah.

Bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET sesi terkini, MPM telah pun mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET untuk tahun 2020.

Pelajar calon persendirian yang mahu menduduki peperiksaan ini perlu mendaftar mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan.

Untuk sesi peperiksaan MUET kali ini, pelajar dinasihatkan untuk membuat pendaftaran seawal mungkin. Ini untuk mengelakkan masalah permohonan daftar lewat ditolak.

PENDAFTARAN MUET SESI 2020 ONLINE

Di bawah merupakan tarikh peperiksaan MUET mengikut jadual  terkini MUET untuk tahun 2020.

Untuk peperiksaan MUET sesi 2, pendaftaran bakal dibuka pada 4 Februari 2020 sehingga 24 Mac 2020.

Anda boleh jadikan jadual di bawah sebagai rujukan awal menduduki peperiksaan ini nanti.

KALENDER PEPERIKSAAN MUET SESI 2020
Kalender Peperiksaan MUET
📋JADUAL PENDAFTARAN MUET 2020
Berikut adalah tarikh penting pendaftaran dan ujian Peperiksaan MUET bagi setiap sesi:
Peperiksaan Pendaftaran Dibuka Pendaftaran Ditutup
SESI 1 14 November 2019 9 Januari 2020
SESI 2 4 Februari 2020 24 Mac 2020
SESI 3 21 Mei 2020 8 Julai 2020
📚TARIKH UJIAN MUET SESI 1 2 3
PERKARA SESI 1 SESI 2  SESI 3
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) 3, 5, 9, 10, 11, dan 12 Mac 2020 9, 10, 11, 15, 16, dan 17 Jun 2020 21, 22, 23, 28, 29, dan 30 September 2020
Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) 28 Mac 2020 20 Jun 2020 31 Oktober 2020
Nota: Semua maklumat tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia
💻PANDUAN DAFTAR MUET SECARA ONLINE
Panduan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online di laman web rasmi MPM boleh didapati di bawah:-
Klik pada butang ‘Daftar Pengguna’ dan lengkapkan segala arahan pendaftaran yang ditunjukkan di skrin.
Nota: Pelajar diingatkan agar membeli nombor pin pendaftaran MUET terlebih dahulu dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum daftar sebagai pengguna. Klik sini untuk info Pembelian No Pin MUET
ℹ️MAKLUMAT LANJUT PEPERIKSAAN MUET
Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pendaftaran MUET sesi 1 2020 ini. Pendaftar boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi maklumat-maklumat yang telah disediakan seperti berikut:
👉Portal Rasmi MPM
👉Kalendar MUET 2020 Rasmi
Malaysian Examinations Council
Persiaran 1

Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
No Telefon : 03-61261600
E-mail : ppa@mpm.edu.my
Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.