Pencarian Briged Muda Petani Moden Dibuka. Mohon & Terima Pelbagai Bantuan
Petani muda yang berminat nak kembangkan projek pertanian menerusi bantuan dan peruntukan disediakan boleh buat permohonan pencarian Briged Muda Petani Moden Negeri Perak yang kini telah dibuka! Pelbagai bentuk bantuan disediakan kepada petani muda yang berkelayakan untuk kembangkan projek pertanian.
Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan disediakan dan hantarkan borang yang lengkap selewat-lewatnya 11 Oktober 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
JENIS BANTUAN
Bantuan yang ditawarkan kepada petani muda yang berkelayakan adalah:
- Bantuan infrastruktur
- Perolehan bahan input pertanian
- Kelengkapan perolehan ICT berkaitan IOT pertanian
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Terbuka kepada petani muda di Negeri Perak.
- Permohonan dibuka kepada pemohon dibawah lingkungan 40 tahun dan ke bawah (tahun kelahiran 1983 dan ke atas).
- Projek sedia ada dan masih aktif.
- Tidak menerima sebarang peruntukan tahun semasa.
- Status tanah yang sah.
Syarat skop projek adalah seperti berikut:
- Fertigasi
– Keluasan maksimum 0.4 hektar atau 1 ekar (2,000 polibeg)
– Cili padi, halia, cili, melon, sayur daun dan sayur buah - Konvensional
– Keluasan maksimum 1 hektar
– Jagung, Nanas, Betik, Ubi, Halia, Pisang, Tembikai, Sayur Daun, Sayur Buah dan Serai
CARA MOHON
Petani muda yang berminat dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh buat permohonan dengan muat turun borang permohonan yang disediakan di bawah:
BORANG PERMOHONAN BRIGED MUDA PETANI MODEN
Borang permohonan ini perlulah diisi dengan lengkap dan lampirkan dokumen seperti yang dipinta. Borang permohonan perlu dihantar semula ke:
- Pejabat Pertanian Daerah berhampiran
Permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat Pertanian Daerah. Tempoh sah laku permohonan adalah 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.
Jika tiada sebarang panggilan diterima permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.