Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditubuhkan pada 9 November 1998 dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memulakan atau memajukan perniagaan.

Disebabkan wabak COVID-19 masih memberi kesan kepada usahawan, TEKUN Nasional memutuskan untuk menawarkan penangguhan bayaran balik kepada usahawan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan penangguhan bayaran balik TEKUN Nasional.

TEMPOH PENANGGUHAN

Peminjam ditawarkan penangguhan bayaran balik pembiayaan dalam tempoh:

  • Tempoh 3 bulan
  • Mulai September hingga November

SYARAT KELAYAKAN

Usahawan yang ingin memohon penangguhan bayaran balik mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Masih aktif dalam tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan tidak tertunggak melebihi 6 bulan pada 29 Februari 2020

CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK TEKUN NASIONAL

Usahawan yang ingin membuat permohonan penangguhan bayaran balik pembiayaan TEKUN Nasional boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Hadir ke pejabat TEKUN cawangan berdekatan anda
  2. Dapatkan borang JPBB/BORANG/13
  3. Lengkapkan borang tersebut dengan tepat
  4. Serahkan semula borang tersebut ke pejabat TEKUN cawangan berhampiran

Peringatan buat anda, TEKUN Nasional tidak pernah melantik mana-mana agen atau pihak ketiga untuk proses penambahan penangguhan ini. Anda hanya boleh membuat permohonan penangguhan melalui kaunter TEKUN Nasional sahaja.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma