Semakan & Permohonan

Login ePangkat KPM: Semakan Kenaikan Pangkat Guru Secara Online

September 29, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Kenaikan pangkat ibarat ganjaran kepada pekerja tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta. Ia merupakan satu jenis pencapaian yang melambangkan kejayaan seseorang pekerja di sesebuah syarikat.

Untuk jawatan sebagai seorang guru, anda boleh buat semakan secara online melalui sistem ePangkat iaitu Sistem Pengurusan Naik Pangkat Guru yang diperkenalkan oleh KPM. Sistem ini diperkenalkan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru kemaskini maklumat diri dan pengurusan jawatan untuk urusan kenaikan pangkat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut sistem ePangkat.

CIRI-CIRI ePANGKAT

Antara ciri-ciri sistem ePangkat adalah:

  • Dipacu oleh proses
  • Kemudahan layan diri
  • Keselamatan diri
  • Keselamatan data
  • Berasaskan web
  • Syarat tersedia
  • Locked date
  • Berintegrasi

KEMUDAHAN ePANGKAT

Berikut adalah maklumat yang disediakan dalam sistem ePangkat yang memberi kemudahan kepada pengguna:

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pengisytiharan harta
  • Maklumat PTK
  • Maklumat peminjam tegar
  • Maklumat perkhidmatan  (AKS, CUTI, PPLD,PPPS)
  • Penilaian bagi laluan cemerlang
  • Maklumat akademik
  • Maklumat pengalaman kerja
  • Maklumat prestasi
  • Maklumat prestasi khas
  • Maklumat keutuhan SPRM
  • Maklumat tindakan

CARA SEMAK KENAIKAN PANGKAT GURU

Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan pengurusan naik pangkat guru KPM melalui sistem ePangkat:

  1. Pergi ke laman Sistem Pengurusan Naik Pangkat Guru KPM
  2. Klik Belum Berdaftar bagi yang pertama kali login.
    Login ePangkat KPM: Semakan Kenaikan Pangkat Guru Secara Online
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan Alamat Emel seperti yang diminta. Klik Hantar.
    Login ePangkat KPM: Semakan Kenaikan Pangkat Guru Secara Online
  4. Setelah selesai daftar akaun, anda boleh log masuk di laman utama
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan seperti yang dibina tadi. Klik Log Masuk
    Login ePangkat KPM: Semakan Kenaikan Pangkat Guru Secara Online

Siap! Anda sudah boleh buat semakan pengurusan naik pangkat guru KPM. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat boleh disemak melalui laman berikut:

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan kenaikan pangkat guru, anggota pegawai perkhidmatan KPM, sila rujuk dan hubungi talian berikut:

  • Tel: 03- 8884 7963/7863/7816
  • Emel: cnp@moe.gov.my
Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda