Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan Akibat Covid-19/ Banjir

Oleh Cikgu Shaari • December 27, 2021 • 2 min baca

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan Akibat Covid-19/ Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penanguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama 3 bulan kepada peminjam PTPTN yang terkesan akibat Covid-19 atau bencana banjir. Ini berikutan bencana banjir yang melanda negara dan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terlibat termasuk peminjam PTPTN.

Kerajaan dan PTPTN memahami kesusahan orang ramai dan telah membuka permohonan kepada mangsa-mangsa banjir untuk mohon penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tempoh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara mohon penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.

TEMPOH PENANGGUHAN

Tawaran penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN buat peminjam yang terjejas akibat banjir adalah bagi tempoh:

  • 3 bulan

TARIKH PERMOHONAN

Peminjam yang terkesan boleh kemukakan permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN sepanjang tempoh berikut:

  • 28 Disember hingga 31 Mac 2022

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memerlukan kemudahan penangguhan yang ditawarkan kerana terkesan akibat banjir, anda boleh buat permohonan mulai 28 Disember 2021. Permohonan boleh dibuat dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan http://www.ptptn.gov.my/
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar
  3. Semak email kelulusan

Keputusan ini diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini. Diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.

Maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat banjir ini akan dimaklumkan kemudian.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.