Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Berita baik buat Peminjam PTPTN! Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tempoh lanjutan yang diberikan ini membuktikan kerajaan komited membantu semua lapisan masyarakat terutama golongan muda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai lanjutan moratorium PTPTN.

Isi Kandungan

LANJUTAN MORATORIUM PTPTN

Semua peminjam PTPTN akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.  Moratorium ini adalah penting kerana ramai peminjam PTPTN yang masih terkesan oleh COVID-19. Tujuan moratorium ini dilanjutkan juga adalah bagi memberi peluang golongan muda untuk merancang kewangan dengan lebih baik.

Sekiranya ada peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang disediakan.

TEMPOH LANJUTAN MORATORIUM PTPTN

Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN untuk tempoh dua bulan lagi iaitu sehingga 31 Disember 2020.

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 20202

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN menerusi talian di 03 2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang atau layari portal rasmi www.ptptn.gov.my.

Baca juga: Cara Mohon Potongan Gaji Untuk Bayaran Balik PTPTN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma