Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran PTPTN, JPA, MARA & PTPK Pakej PEMULIH
Bagi membantu para peminjam pendidikan, sukacita dimaklumkan dalam pengumuman Perdana Menteri di bawah Pakej PEMULIH, beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran.
Penangguhan bayaran balik pinjaman ini diberi bagi meringankan beban orang ramai dah mengurangkan perbelanjaan bulanan sepanjang menghadapi pandemik Covid-19.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran di bawah pakej PEMULIH.
Isi Kandungan
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN
Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran adalah melibatkan agensi kerajaan berikut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Moratorium bersasar selama 3 bulan
- Permohonan boleh dibuat DI SINI
SEMAK NOMBOR PINJAMAN terlebih dahulu untuk buat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian.
Pinjaman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA
- Penangguhan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan
- Tempoh penangguhan sehingga enam bulan
Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA bagi tempoh 3 bulan
- Penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Penangguhan bayaran balik Pinjaman PTPTN selama 3 bulan
Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat. Selain daripada penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran, orang ramai juga boleh buat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman bank yang dibuka kepada semua golongan termasuk B40, M40 , T20 dan usahawan mikro.
Maklumat lanjut berkenaan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA, PTPK dan JPA AKAN DIKEMASKINI.