i-Invest KWSP: Kemudahan Baru Untuk Ahli KWSP Melabur Melalui Portal i-Invest
Ramai yang tidak tahu sebenarnya kita boleh gunakan duit dalam akaun 1 KWSP untuk buat pelaburan dalam unit amanah melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA).
Melalui skim ini, ahli yang mempunyai simpanan secukupnya boleh memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun 1 untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
KWSP kini memperkenalkan beberapa ciri tambahan portal i-Invest untuk kemudahan ahli melabur. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penambahbaikan i-Invest.
Isi Kandungan
SKIM PELABURAN AHLI (SPA)
Bermula 1 Mei 2020, ahli KWSP yang membuat Pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) akan menikmati pengurangan caj jualan yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2021.
Pelaburan yang dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan oleh IPD, manakala pelaburan yang dilaksanakan melalui ejen akan dikenakan caj yang dikurangkan dari sehingga 3% kepada sehingga 1.5% sahaja oleh IPD.
PENAMBAHBAIKAN PORTAL I-INVEST
Dengan penambahbaikan Portal i-Invest di Aplikasi i-Akaun, kini ahli boleh:
- Membuat transaksi
- Menganalisis dana
- Dapatkan maklumat lanjut mengenai dana unit amanah yang diluluskan serta institusi yang menawarkannya
Bukan itu sahaja, melalui Dashborad Sejarah Prestasi Pelaburan, ahli boleh:
- Melibat prestasi pelaburan yang telah dibuat merangkumi semua dana, mandat dan institusi yang berkaitan untuk sesuatu tempoh
Dalam portal i-Invest, Simulator Pelaburan:
- Membolehkan ahli membuat simulasi untuk mencapai objektif pelaburan berdasarkan lima parameter utama
Portal i-Invest juga mempamerkan Prestasi Penanda Aras:
- Sebagai maklumat yang tersedia untuk melihat prestasi dana berbanding penanda arasnya
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan untuk membuat pelaburan di bawah skim ini adalah:
- Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap (PR)/ Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
- Umur 55 Tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya
- Permohonan melalui kaunter/ agen IPD atau i-Akaun (Ahli)
- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP turut layak.
- Ahli berumur 55 tahun dan ke atas, boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan). Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).
AMAUN KELAYAKAN PELABURAN
Ahli Berumur Bawah 55 Tahun
Ahli boleh memindahkan simpanan untuk melabur seperti berikut:-
- Sehingga maksimum 30% daripada jumlah lebihan Simpanan Asas dalam Akaun 1
- Amaun minimum pelaburan adalah RM1,000.00
- Formula pengiraan: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%.
Ahli Berumur 55 Tahun Dan Ke Atas
Ahli boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun
(Pelaburan).
- Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli
- Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui platform i-Invest
*Ahli dinasihatkan menyemak baki simpanan Akaun 1/ Akaun 55/ Akaun Emas dan amaun kelayakan pelaburan terlebih dahulu melalui i-Akaun (Ahli) sebelum membuat pelaburan.
Kalkulator Kira Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Gunakan kalkulator untuk mendapatkan anggaran amaun kelayakan yang boleh dipindahkan daripada akaun KWSP bagi tujuan pelaburan di Institusi Pengurusan Dana yang dilantik.
Kira di sini:
CARA BUAT PELABURAN
Ahli yang nak buat pelaburan melalui i-Invest KWSP boleh semak dokumen-dokumen diperlukan dan panduan buat permohonan untuk pelaburan melalui KWSP di bawah: