Perkara Ditambah Baik Dalam Akta Kerja (Pindaaan 2022) Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2023
Setiap majikan dan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan perlu ambil tahu perkara-perkara yang telah ditambah baik dalam Pindaan Akta Kerja 1955 yg telah diwartakan pada Mei 2022 dan akan berkuatkuasa pada Januari 2023.
Semua pekerja sektor swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955. Pindaan Akta Kerja ini dilakukan bagi menambahbaik Akta sedia bagi memanfaatkan pekerja di Malaysia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pindaan Akta Kerja (Pindaan 2022) dan perkara-perkara yang terlibat.
Isi Kandungan
TARIKH KUATKUASA
Akta Kerja (Pindaan 2022) berkuatkuasa mulai:
- Tarikh kuatkuasa: 1 Januari 2023
TUJUAN PINDAAN
Tujuan pindaan Akta Kerja ini adalah bagi:
- Meningkatkan dan menambahbaik perlindungan dan kebajikan pekerja di negeri ini
- Memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negera ini selaras dengan standard antarabangsa
PINDAAN UTAMA
Pindaan utama Akta Kerja (Pindaan 2022) adalah melibatkan perkara-perkara berikut:
- Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam
- Cuti bersalin dipanjangkan 98 hari
- Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik
- Cuti paterniti 7 hari
- Pembayaran upah melalui bank/ cek dan tunai
- Pengiraan gaji tidak lengkap bulan
- Aturan kerja fleksibel
- Kelulusan awal Ketua Pengarah dalam penggajian pekerja asing
- Larangi diskriminasi dalam pekerjaan
- Larangan buruh paksa
- Kontraktor untuk buruh mestu mengadakan kontrak dengan psinsipal
- Anggapan pekerja dan majikan
- Kuasa tambahan Mahkamah Majistret dan pelanjutan tempoh rayuan
- Tempoh perantisan minimum 6 bulan dan maksimum 24 bulan
- Notis kesedaran gangguan seksual
Semoga bermanfaat!