Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kos & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Pemeriksaan e-Hailing PUSPAKOM

Oleh Cikgu Shaari • June 9, 2022 • 2 min baca

Kos & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Pemeriksaan e-Hailing PUSPAKOM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kenderaan E-Hailing ialah satu kenderaan motor yang mempunyai muatan tempat duduk 4-11 orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan tambang perseorangan mahupun berasingan. Dikira menerusi tempahan atau transaksi dan tambang perjalanan itu dipermudahkan melalui aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.

Penetapan proses kawal selia perkhidmatan e-Hailing adalah daripada pihak APAD dan JPJ, di mana salah satunya melibatkan proses pemeriksaan berkala kenderaan di PUSPAKOM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan E-Hailing.

JENIS PEMERIKSAAN E-HAILING

Antara pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh E-Hailing adalah:

Pemeriksaan Berkala Pertama

  • Perlu dilakukan bagi kenderaan yang telah mencapai usia 3 tahun daripada tarikh pendaftaran di JPJ
  • Ingin mendaftar dengan pihak JPJ/ APAD/ LPKP sebagai E-Hailing untuk kenderaan yang berusia 3-10 tahun daripada tarikh pendaftaran di JPJ
  • Dilakukan sekali sahaja bagi tujuan pendaftaran di JPJ

Pemeriksaan Berkala

  • Perlu dilakukan bagi Kenderaan E-Hailing yang berusia 3 tahun dan ke atas daripada tarikh pendaftaran kenderaan di JPJ
  • Telah mendaftar dengan pihak JPJ/ APAD sebagai kenderaan E-Hailing semasa kenderaan berusia 3 tahun daripada tarikh pendaftaran di JPJ
  • Sekali pada setiap 12 bulan

Pemeriksaan Berkala Semula

  • Perlu dilakukan jika GAGAL pemeriksaan berkala
  • Jika GAGAL pemeriksaan berkala, pemilik perlu hadir dalam tempoh 30 hari daripada tarikh GAGAL Pemeriksaan Berkala

KADAR BAYARAN PEMERIKSAAN

Berikut adalah kadar bayaran pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan E-Hailing:

  • Pemeriksaan Berkala Pertama: RM70.00
  • Pemeriksaan Berkala: RM55.00
  • Pemeriksaan Berkala Semula: RM25.00
  • Pemeriksaan Khas : RM25
  • Pemeriksaan Arahan Pihak Berkuasa : RM35
  • Pemeriksaan Sukarela : RM50

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen diperlukan untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan E-Hailing:

  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC Asal) atau;
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan dan Salinan VOC (disahkan oleh JPJ); atau
  • Butiran Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Salinan EVP – dikecualikan sehingga diberitahu kelak

PUSAT PEMERIKSAAN

Kenderaan E-Hailing boleh diperiksa di:

  • SEMUA Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM

Kecuali di:

  • PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang

ALIRAN PEMERIKSAAN

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.