Permohonan Baru & Kemaskini UPUOnline Lepasan SPM Sehingga 2 Julai 2021 Jam 5 Petang
Permohonan UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf telah dibuka pada Januari 2021 lalu. Namun KPT kini memaklumkan pembukaan semula permohonan UPUOnline mulai 15 Jun 2021!
Pembukaan semula permohonan UPUOnline ini adalah bagi memberi peluang kepada calon lepasan SPM yang baru mendapat keputusan SPM dan tidak berkesempatan memohon UPU Online pada Januari lalu. Lepasan SPM yang telah membuat permohonan juga boleh kemaskini permohonan sehingga 2 Julai 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembukaan semua permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2021/2022.
Isi Kandungan
TINDAKAN LEPASAN SPM
Berikut adalah tindakan lepasan SPM yang perlu dilakukan mulai 15 Jun 2021:
- Pemohon yang BELUM PERNAH MEMOHON: Tindakan: Mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian
- Pemohon yang TELAH MEMOHON: Tindakan: Mengemaskini pilihan program pengajian
TEMPOH PERMOHONAN BARU & PENGEMASKINIAN
Tempoh diberi untuk lepasan SPM membuat permohonan baru UPUOnline dan pengemaskinian UPUOnline adalah seperti berikut:
- Tarikh buka: 15 Jun 2021 (Selasa) jam 12 tengah hari
- Tarikh tutup:
21 Jun 2021 (Isnin) jam 5 petangDILANJUTKAN sehingga 2 Julai 2021 jam 5 petang
PERINGKAT PENGAJIAN
Calon layak membuat permohonan bagi peringkat pengajian:
- Asasi
- Sijil
- Diploma
Permohonan adalah bagi sesi akademik 2021/2022 di:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- ILKA
PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2021/2022
Permohonan perlulah melalui aplikasi atas talian/online yang disediakan yang boleh diakses melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPU online di bawah untuk mengakses atau Log Masuk sistem aplikasi borang permohonan UPU. Sila klik:
KEMASKINI PERMOHONAN UPUONLINE
Calon yang telah buat permohonan UPU sebelum ini boleh kemaskini permohonan sehingga 2 Julai 2021 di pautan berikut:
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar