Mohon Pembiayaan Tanpa Insentif (LWI) Sehingga RM24,000 Yayasan Bank Rakyat
Pembiayaan Tanpa Insentif (LWI) adalah pembiayaan yang disediakan tanpa insentif oleh Yayasan Bank Rakyat . Tiada sebarang jumlah diskaun bayaran balik pembiayaan akan diberikan. Pelajar perlu membayar pembiayaan berdasarkan jumlah yang telah dikeluarkan tanpa sebarang kadar keuntungan.
Pelajar di peringkat PhD dan Master yang memerlukan pembiayaan dalam tempoh pengajian boleh buat permohonan pembiayaan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
KADAR PEMBIAYAAN
Kadar pembiayaan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Peringkat PhD: Sehingga RM24,000
- Peringkat Master (Kerja Kursus/Penyelidikan): Sehingga RM15,000
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 25 tahun.
- Terbuka kepada peringkat pengajian Sarjana dan Ph.D.
- Pemohon adalah dikehendaki untuk menyediakan dua (2) orang penjamin dengan pendapatan kasar minimum RM 1,000.00 serta berkhidmat samaada di sektor awam atau sektor swasta sahaja.(Bekerja sendiri adalah tidak diterima)
- Jumlah pembiayaan hanyalah merangkumi yuran pengajian sahaja.
- Permohonan terbuka kepada semua institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Kursus pengajian yang diikitiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- Keutamaan diberikan kepada anggota Bank Rakyat.
CARA MEMOHON
Permohonan hanya diterima secara atas talian sehingga 18 September 2020 kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. Klik pautan berikut untuk buat permohonan:
Klik DAFTAR untuk mengisi permohonan.
Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
Butiran tanggungan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.
BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN
Pembayaran balik pembiayaan ini berkuatkuasa selepas pengeluaran pertama dilakukan yang mana sebanyak 20% daripada jumlah pengeluaran akan dibayar ketika dalam pengajian pelajar (2 tahun – Master; 3 tahun – Ph.D). Ilustrasi pembayaran balik adalah seperti contoh dibawah;
Peringkat Master:
Pelajar A (Jumlah Yuran): RM15,000 @ 4 semester
Pengeluaran per semester: RM3,740
Kaedah Bayaran: 20% daripada pengeluaran/6 bulan (RM125.00)
Ansuran bulanan: Dalam kes ini pelajar dikehendaki untuk membayar; RM3,750 x 20% = RM 750 untuk semester pertama.
Peringkat PhD
Pelajar B (Jumlah Yuran): RM24,000 @ 6 semester
Pengeluaran per semester: RM4,000
Kaedah Bayaran: 20% daripada pengeluaran / 6 bulan ( RM134.00)
Ansuran Bulanan: Dalam kes ini pelajar dikehendaki untuk membayar RM4,000 x 20% = RM 800 untuk semester pertama.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pembiayaan yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat.