Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Bantuan Khas Yuran Pengajian RM1,000 Untuk Pelajar UTM

Oleh Cikgu Shaari • September 7, 2020 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Khas Yuran Pengajian RM1,000 Untuk Pelajar UTM
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa anak kelahiran Johor yang sedang atau akan melanjutkan pengajian di UTM dalam pelbagai peringkat untuk memohon bantuan khas yuran pengajian seperti yang diiklankan. Bantuan yang ditawarkan adalah bertujuan untuk meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.

PERINGKAT PENGAJIAN YANG LAYAK

Pelajar di peringkat pengajian berikut adalah layak memohon:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Dipertimbangkan juga pada pelajar Master dan PhD sepenuh masa

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor
  • Bermastautin di dalam negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Membuat kursus pengajian di UTM secara sepenuh masa sahaja
  • Jumlah maksimum bantuan kepada pelajar adalah RM1,000

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon WAJIB sediakan dokumen-dokumen berikut untuk membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Surat tunggakan yuran pengajian pelajar
  • Salinan slip gaji @pengesahan pendapatan keluarga yang telah disahkan oleh pentadbiran UTM
  • Pengesahan dari ketua kampung sebagai bukti mastautin

CARA MOHON

Permohonan kini dibuka kepada pelajar yang layak sehingga 17 September 2020. Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh mengisi permohonan secara online di pautan berikut:

Pemohon perlu lengkapkan permohonan seperti yang diminta dan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan. Setelah selesai klik SUBMIT.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Unit Zakat & Kebajikan di talian 07- 55 37508/ 07 – 55 37510.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.