Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma Bermula 1 Julai 2021

Oleh Cikgu Shaari • June 22, 2021 • 2 min baca

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma Bermula 1 Julai 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bermula 1 Julai 2021, semua penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia akan menikmati tambang feri secara percuma sehingga hujung tahun ini. Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, keputusan itu dibuat kerajaan negeri selaras dengan usaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta meringankan beban rakyat tatkala dibelenggu pandemik Covid-19 di Pulau Pinang.

Bagi tujuan itu kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri bagi semua penumpang pejalan kaki berstatus warganegara Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran tambang feri Pulau Pinang percuma.

TEMPOH TAMBANG PERCUMA

Pembiayaan tambang feri oleh Kerajaan Pulau Pinang adalah sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Julai sehingga 31 Disember 2021

GOLONGAN YANG LAYAK

Semua rakyat Malaysia adalah layak untuk menikmati perkhidmatan ini secara percuma termasuk:

  • Warga emas
  • Orang dewasa
  • Kanak kanak
  • Golongan OKU

Cadangan ini adalah susulan kepada perkhidmatan pas perjalanan My30 yang telah dilancarkan pada 1 Mac yang lalu, di mana kerajaan negeri turut membiayai perkhidmatan bas awam milik Rapid Penang secara percuma kepada semua penumpang yang melanggan pas tersebut.

CARA DAPATKAN TAMBANG PERCUMA

Dengan pembiayaan tambang feri ini, jaringan pengangkutan awam melalui air dan darat secara menyeluruh dapat digunakan secara percuma oleh pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Untuk menggunakan pengangkutan feri secara percuma, anda hanya perlu:

  1. Bawa MyKad
  2. Menyentuh (tap) di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sebelum menaiki feri

Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah dianggarkan sebanyak RM468,000..

Kerajaan negeri berharap dengan pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ini sedikit banyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.