Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Permohonan Pembiayaan Pendidikan (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Dibuka 

Oleh Cikgu Shaari • October 10, 2022 • 3 min baca

Permohonan Pembiayaan Pendidikan (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Dibuka 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat  kini dibuka bagi Fasa 2 bermula 12 September 2022 untuk pendidikan peringkat tinggi dari semua peringkat pengajian bagi warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

Tujuan pembiayaan ini disediakan adalah bagi membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan di peringkat IPTA dan IPTS dalam negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semakan syarat kelayakan serta cara memohon.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat dibuka mengikut peringkat seperti berikut:

  • 12 September sehingga 14 Oktober 2022

PERINGKAT PENGAJIAN

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat dibuka kepada pelajar peringkat pengajian berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Profesional
  • Doktor Falsafah

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa, agama & etnik
  • Berkelayakan ke kajian penuh masa di IPTA/IPTS tempatan yang diiktiraf Kerajaan
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/ Agensi Kelayakan Malaysia(MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR
  • Pengajian SEPENUH MASA sahaja
  • Mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100
  • Berumur tidak kurang 18 tahun semasa menerima tawaran belajar
  • Tidak melebihi 30 tahun setelah tamat belajar

KADAR PEMBIAYAAN

Kadar pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Peringkat Sijil Kemahiran: Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun [RM400 sebulan + Yuran Pengajian]
  • Peringkat Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000) [ Yuran Pengajian + Elaun]
  • Peringkat Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) [Yuran Pengajian+Elaun]
  • Peringkat Profesional: Maksimum RM28,500 untuk 2 tahun [Yuran Pengajian+Elaun]
  • Peringkat Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun [Yuran Pengajian+Elaun]
  • Peringkat PhD: Maksimum RM55,800 bagi tempoh 2 tahun [RM800 sebulan + Yuran Pengajian]

PEMBAYARAN SEMULA PINJAMAN

Kadar pembayaran semula pinjaman adalah mengikut keputusan CGPA peminjam seperti berikut:

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

CARA MEMOHON

Permohonan mestilah dilakukan mengikut ketetapan tarikh yang dinyatakan di laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat dengan langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan dibuat di laman Yayasan Bank Rakyat
  2. Pastikan pemohon mempunyai surat tawaran
  3. Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu
  4. Lengkapkan borang permohonan secara online yang disediakan
  5. Cetak dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi
  6. Selepas tutup permohonan, pemohon diminta untuk menjawab beberapa kuiz yang disediakan
  7. Pemohon yang layak akan diumumkan di laman web Yayasan Bank Rakyat dan surat tawaran akan diberikan.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pengajian Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat, anda boleh hubungi YBR di talian 03 2612 9600 atau email ke yayasan@bankrakyat.com.my. Layari laman web Yayasan Bank Rakyat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.