BNM: PKS Layak Mohon Pembiayaan Modal Kerja Sehingga RM500,000

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak boleh mendapatkan pembiayaan bagi tujuan modal kerja sehingga RM500,000 untuk tempoh sehingga tujuh tahun termasuk moratorium minimum enam bulan.

Kemudahan pembiayaan ini telah dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu PKS membangkitkan semula perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan pembiayaan buat PKS.

BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

Pembiayaan sehingga RM500,000

BNM dalam satu kenyataan menjelaskan bantuan tersebut terdapat dalam dana Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF). Matlamat bantuan ini disediakan adalah:

  • Sebagai dana tambahan bagi membantu PKS di negara ini yang terjejas akibat Covid-19
  • Beri peluang kemudahan untuk PKS menjana semula pendapatan

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan permbiayaan TRRF di sini:

INFO BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

KEMUDAHAN PERUSAHAAN MIKRO (MEF)

Pembiayaan sehingga RM50,000

Selain TRRF, BNM turut menawarkan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

  • Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5% setahun
  • Boleh diperoleh melalui 21 institusi kewangan peserta
  • Beserta perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC)

Menurut kenyataan itu, kemudahan itu tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya.

Melalui dana MEF, jumlah peruntukan ditambah nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta.

CARA MOHON PEMBIAYAAN

Untuk memohon TRRF, PKS yang berminat boleh:

  • Memohon terus kepada institusi kewangan peserta terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan dikawal selia BNM menerusi laman sesawang mereka; ATAU
  • Dengan melawati cawangan-cawangan institusi kewangan peserta.

Bagi MEF, perusahaan mikro yang berminat boleh memohon:

  • Mohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro

Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan penyelesaian untuk sebarang isu yang mungkin dihadapi dengan bank mereka pada waktu yang mencabar ini melalui bnmtelelink@bnm.gov.my atau talian 1-300-88-5465.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma