Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) Sehingga RM500,000 Buat PKS

Oleh Cikgu Shaari • December 3, 2020 • 2 min baca

Tawaran Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) Sehingga RM500,000 Buat PKS
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bank Negara Malaysia dengan matlamat untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia menyediakan dana untuk Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) bagi memberikan kemudahan pembiayaan.

Objektif utama TRRF adalah menyediakan bantuan dan sokongan pemulihan untuk PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan sejak bulan Jun 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) oleh BNM.

KRITERIA KELAYAKAN

PKS* dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020 (kecuali subsektor berkaitan dengan pelancongan) seperti:

  • Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer/ barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  • Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  • Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  • Seni, hiburan dan rekreasi
  • Perdagangan borong dan runcit
  • Perkhidmatan perniagaan (cth. aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)
Nota: Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Tujuan pembiayaan diberikan adalah untuk modal kerja. Brikut adalah maklumat lanjut pembiayaan yang disediakan:

Saiz Pembiayaan:
  • PKS: sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS
  • Perusahaan mikro: Sehingga RM75 ribu bagi setiap perusahaan mikro

Nota: Had pembiayaan di atas akan dikenakan ke atas syarikat sekutu PKS tersebut yang mempunyai pemegangan saham bersama lebih daripada 20%

Kadar faedah pembiayaan untuk PKS:
  • Sehingga 3.5% setahun, termasuk yuran jaminan
 Tempoh:
  • Sehingga 7 tahun dengan moratorium ke atas ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan
Perlindungan jaminan
  • PKS: 80% (0.5 yuran jaminan)
  • Perusahaan mikro: 90% (0.5% yuran jaminan)

Institusi kewangan peserta boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Cooporation (CGC)/ Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

CARA MEMOHON

Tempoh tamat permohonan adalah sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga peruntukan habis digunakan (mana yang lebih awal).

Untuk memohon TRRF, PKS dan perusahaan mikro yang berminat boleh:

  • Memohon terus kepada institusi kewangan peserta terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan dikawal selia BNM menerusi laman sesawang mereka; ATAU
  • Dengan melawati cawangan-cawangan institusi kewangan peserta.

Kelulusan adalah tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta. Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan penyelesaian untuk sebarang isu yang mungkin dihadapi dengan bank mereka pada waktu yang mencabar ini melalui bnmtelelink@bnm.gov.my atau talian 1-300-88-5465.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.