eStart: Cara Tebus Bantuan eWallet RM150 Buat Belia Melalui Shopee, Grab, TnG & BigPay

Kerajaan merangka Bajet 2022 dengan faktor “Wow” yang dikatakan akan memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.

Di bawah Bajet 2022, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif e-tunai, yang dinamakan e-Pemula. Inisiatif ini juga adalah bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pembayaran eStart serta kaedah pembayaran kepada belia yang layak.

TARIKH DAFTAR & TUNTUT ESTART

Pendaftaran dan tuntutan daripada program ePemula menerusi penyedia perkhidmatan terlibat adalah sepanjang tempoh berikut:

  • 11 April – 1 Jun 2022

Program ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April 2022.

KADAR BANTUAN eSTART

Bantuan melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai akan diberikan kepada belia yang layak sebanyak:

  • RM150 secara one-off

Kerajaan akan mengkreditkan jumlah tersebut kepada akaun e-dompet para belia dan pelajar yang layak.

Selain itu, para belia juga akan terima insentif tambahan seperti:

  • Cashback
  • Baucar
  • Mata terkumpul/coins

4 PENYEDIA PERKHIDMATAN E-DOMPET TERLIBAT

Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet yang dipilih, iaitu:

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta. Peniaga PKS yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai (cashless) disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.

SYARAT KELAYAKAN eSTART

Pemberian eStart adalah kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Belia 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan berdaftar
  • Data belia akan disemak silang dengan IPT & pangkalan data kerajaan yang berkenaan

CARA TEBUS BANTUAN E-TUNAI RM150 BELIA

Berikut adalah panduan membuat penebusan bantuan e-tunai melalui 4 penyedia perkhidmatan yang disediakan:

ShopeePay

Pastikan anda aktifkan ShopeePay. Anda akan dapat paparan seperti berikut:

Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan lengkapkan maklumat peribadi anda.

Grabpay

Buka aplikasi Grab anda

Klik Claim RM360 worth of vouchers with ePemula, kemudian anda perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.

Melalui GrabPay, anda akan mendapat:

  • RM150 kredit eWallet ePemula
  • RM150 voucher GrabFood
  • RM60 promo terpilih dari merchant Grab

Ambil gamr IC dan selfie untuk buat pengesahan.

Touch n Go eWallet

Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet di telefon anda. Lengkapkan Pengesahan Akaun dan aktifkan dengan memuatnaik gambar IC serta selfie. Berikut adalah antara kelebihan tebus estart dengan TnG:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://www.touchngo.com.my/

BigPay

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan ePemula dan inisiatif belia, anda boleh terus ke laman web www.budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epmula.html.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma