Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir & Pelbagai Jawatan Di Pejabat MAIWP Dengan Minima SPM

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedang membuka pengambilan jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 dan pelbagai jawatan bertaraf tetap seperti yang diilklankan. MAIWP mengalu-alukan individu mempunyai ciri-ciri berintegriti, produktif, taat setia dan bersifat sedia membantu bagi mengisi kekosongan jawatan di MAIWP.

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah 6 bulan. Calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Nama jawatan: Pelbagai jawatan
  • Taraf jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Penempatan: MAIWP Kuala Lumpur
  • Tarikh tutup permohonan: 3 Disember 2022

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan:

  • Pegawal Hal Ehwal Ismal (Ketua Imam) S41
  • Pegawai tadbir N41
  • Akauntan WA41
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  • Penolong Jurutera (Automotif) S29
  • Pereka B29
  • Penolong Pegawai Tadbir N29
  • Penolong Akauntan W29
  • Pembantu Tadbir (P/O) N19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  • Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal) S19
  • Pemandu Kenderaan H11

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai kelayakan minima SPM & kelayakan yang sesuai dengan gred/ jawatan
  • Berintegriti, produktif, taat setia dan bersifat sedia membantu bagi mengisi kekosongan jawatan di MAIWP

CARA MOHON

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah 6 bulan.

Sistem eJawatan adalah satu sistem pengurusan permohonan jawatan di MAIWP yang akan membantu pihak pengurusan (MAIWP) untuk menguruskan permohonan dan pihak luar untuk membuat permohonan jawatan.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Rujuk panduan mohon jawatan melalui sistem ePerjawatan di bawah:

Calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 3 Disember 2022 JAM 11.59 MALAM.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma