Cara Mudah Aktifkan RFID & Pasang RFID Tag Pada Kenderaan
Setelah lebih 20 tahun memudahkan pembayaran tol pengguna lebuh raya, Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong Radio Frequency Identification (RFID) disediakan di lebuh raya seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Jadi, pengguna jalan raya dah boleh dapatkan RFID secara online atau melalui ejen pemasaran yang dilantik untuk pemasangan di kenderaan masing-masing.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan RFID dan cara pemasangan di kenderaan.
Isi Kandungan
TARIKH PELAKSANAAN RFID SEPENUHNYA
Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan transaksi tol RFID akan dilaksanakan bagi kenderaan ringan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula:
- Bermula 15 Januari 2022
Namun penggunaan RFID sepenuhnya ini akan dilaksanakan secara berperingkat di lebuh raya.
RFID TOUCH N GO
Pelekat RFID ini juga dikenali sebagai tag RFID, dibenamkan dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan.
Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas di bahagian atas/kepala (overhead) membaca frekuensi radio daripada pelekat RFID. Bayaran tol akan ditolak dari Touch ‘n Go eWallet kerana e-wallet adalah pautan ke pelekat RFID. Hanya satu pelekat RFID yang boleh dilekatkan pada satu kenderaan.
OBJEKTIF PENGGUNAAN RFID SEPENUHNYA
Antara objektif penggunaan RFID sepenuhnya adalah:
- Beri perkhidmatan lebih mudah, selamat & pantas
- Kurangkan kesesakan di plaza tol
- Selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar
- Perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID
- Kurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan transaksi tol tanpa sentuh
- Sekuriti tunai digital & tambah nilai tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet
CARA DAFTAR RFID
Pendaftaran tag RFID boleh didapatkan melalui beberapa kaedah berikut:
Secara Online
- Klik ikon RFID di aplikasi Touch n Go eWallet anda
- Klik butang ‘Activate’
- Isikan dan semak butiran akaun anda
- Daftarkan kenderaan anda
- Masukkan nombor tag 24 digit atau scan barcode pada pakej pembelian
- Buat pengesahan dan verifikasi
Pendaftaran RFID juga boleh dibuat di laman web https://www.touchngo.com.my/.
Melalui Ejen Pemasaran Dilantik
Selain daripada secara online, anda juga boleh buat pendaftaran dan pemasangan RFID Touch n Go dari ejen pemasaran dilantik di Semenanjung Malaysia. Jumlah pusat akan ditambah dari masa ke semasa. Anda boleh semak senarai ejen pemasaran di negeri anda di sini:
CARA PEMASANGAN RFID TAG PADA KENDERAAN
Setelah daftar dan aktifkan RFID kenderaan anda, anda boleh buat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda dengan ikut langkah berikut:
- Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
- Buka pelekat dan tampalkan
- Pergi ke laman web TnG atau TnG e-Wallet
- Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
- Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam
Rujuk panduan pemasangan RFID dalam bentuk video di bawah:
Diharapkan dengan pembaharuan ini makin berkuranglah kesesakan di plaza-plaza tol di seluruh negara pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.plus.com.my atau www.touchngo.com.my.
RFID TOUCH ‘N GO SELF-FITMENT *DIY RFID TAG*
Untuk pemasangan mudah RFID anda boleh dapatkan Touch n Go Self-Fitment berikut, ada dijual di Shopee. Rujuk sini https://shp.ee/hahst3d