HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) • HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •

Peluang Kerjaya Polis Bantuan Prasarana Dengan Kelulusan SPM

Oleh Cikgu Shaari • August 14, 2020 • 2 min baca

Peluang Kerjaya Polis Bantuan Prasarana Dengan Kelulusan SPM
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Prasarana menawarkan peluang kerjaya sebagai Polis Bantuan buat warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran jawatan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat Khusus

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Bekas anggota tentera / polis adalah digalakkan memohon dan disahkan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temuduga dan bagi bekas anggota tentera / polis had umur tidak melebihi 45 tahun
  • Memiliki lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya B2

Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya iaitu:

  • Mendapat dua subjek kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan
  • Lulus empat subjek lain termasuk Sejarah
  • Tidak mempunyai rekod jenayah (sama ada pernah disabitkan dengan kesalahan atau dijatuhkan hukuman)

Syarat Kelayakan Fizikal

Pemohon mestilah mempunyai keadaan fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63cm (lelaki) dan 1.57 (wanita) tanpa sepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan sekurang-kurangnya 48kh (perempuan)
  • Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan 86 cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Tahap kesihatan dan penglihatan yang baik serta tiada cacat fizikal
  • Tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung

CARA MEMOHON JAWATAN

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh buat permohonan secara online di laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh pihak Prasarana di pautan berikut:

Lengkapkan borang permohonan tersebut dan pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan tetap bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya.

Peluang Kerjaya Polis Bantuan Prasarana Dengan Kelulusan SPM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.