Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Berniaga Di Lorong TAR Kuala Lumpur Terbuka Buat Belia. Kanopi Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • June 10, 2021 • 2 min baca

Permohonan Berniaga Di Lorong TAR Kuala Lumpur Terbuka Buat Belia. Kanopi Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bila sebut sahaja Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur, pasti semua orang dah tahu jalan ini terkenal dengan jualan pasar yang menyediakan pelbagai jualan oleh peniaga. Jalan TAR ini bukan sahaja dikenali oleh orang Kuala Lumpur, pelancong dari negeri lain yang melancong ke Kuala Lumpur juga tidak akan lepaskan peluang untuk membeli belah di Jalan TAR!

Berita baik buat semua belia di Kuala Lumpur! Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) kini membuka peluang untuk belia buat permohonan berniaga di ruang perniagaan harian Lorong TAR, Kuala Lumpur. Inilah masanya untuk belia jana pendapatan dan menjadi usahawan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

WAKTU & JENIS PERNIAGAAN

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah membuka peluang berniaga kepada belia yang berada di Kuala Lumpur untuk berniaga di ruang perniagaan seperti berikut:

  • Tempat: Lorong Tunku Abdul Rahman (Lorong TAR)
  • Hari perniagaan: Setiap hari kecuali Sabtu
  • Waktu perniagaan: 2 petang hingga 10 malam
  • Jenis perniagaan: Semua jenis perniagaan tanpa perlu memasak

Untuk maklumat anda, kanopi juga disediakan kepada peniaga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

KWP membuka permohonan kepada semua individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Keutamaan kepada golongan belia
Nota: Permohonan boleh dibuat sehingga 15 Jun 2021

CARA MOHON

Belia yang berminat nak jalankan perniagaan di Lorong TAR boleh rebut peluang yang dibuka ini.

Pendaftaran permohonan boleh dibuat melalui Portal Program Usahawan Anak Muda Kota dengan memilih Ruang Perniagaan Harian di Kuala Lumpur : Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai Lokasi Perniagaan Yang Ingin Dipohon.

Klik pautan di bawah untuk mohon:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: 03 – 8889 7636 / 7644 / 7893 / 7767 / 7853Permohonan Berniaga Di Lorong TAR Kuala Lumpur Terbuka Buat Belia. Kanopi Disediakan
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.