Simpan Resit Hotel & Percutian Anda, Boleh Dapat Pelepasan Cukai Pendapatan RM1,000
Pergi bercuti dalam negara, anda boleh dapat pelepasan cukai pendapatan RM1,000! Jangan sia-siakan percutian anda, simpan resit dan tuntut pelepasan cukai pendapatan ini nanti.
Pelepasan cukai untuk percutian dalam negara ini merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada tahun 2020 di dalam Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara akibat wabak Covid-19. Terkini, kerajaan meneruskan pemberian pelepasan cukai pendapatan pelancongan domestik sehingga tahun 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk insentif pelepasan cukai untuk sektor pelancongan serta cara mendapatkan pelepasan cukai ini.
Isi Kandungan
INSENTIF PELEPASAN CUKAI UNTUK SEKTOR PELANCONGAN
Insentif pelepasan cukai bagi percutian adalah seperti berikut:
- Pelepasan cukai pendapatan pelancongan domestik dilanjutkan hingga 2022
- Pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.
- Pihak negeri juga disarankan memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor ini
PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PERCUTIAN
Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 diberi kepada individu pemastautin untuk perbelanjaan melancong dalam negara sehingga tahun 2022.
Perbelanjaan yang layak bagi pelepasan cukai adalah seperti berikut:
- Bayaran bagi penginapan di premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; dan
- Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong
Anda dinasihatkan untuk simpan sahaja SEMUA resit semasa percutian. Mana tahu, tiba-tiba kerajaan bagi lebih banyak pelepasan cukai pendapatan boleh dituntut.
BAUCER PERCUTIAN MURAH UNTUK ANDA
Anda boleh juga dapatkan pelbagai baucer percutian murah yang anda boleh gunakan resitnya untuk claim pelepasan cukai nanti. Cuba check senarai baucer percutian murah di sini https://shp.ee/67hmiwm
TIKET PENGANGKUTAN TIDAK BOLEH CLAIM
Walaubagaimanapun, tiket penerbangan atau sebarang pengangkutan untuk pergi bercuti tidak boleh dapat pelepasan cukai. Hanya bayaran di atas sahaja boleh dituntut untuk dapat pelepasan cukai sehingga RM1,000.
Pengecualian cukai ini dapat membantu rakyat mendapatkan pulangan daripada segi pengecualian cukai setelah membantu menjana semula ekonomi dengan aktiviti pelancongan.
Selain daripada pelepasan cukai pendapatan untuk percutian, ibu bapa juga boleh claim pelepasan cukai untuk hantar anak ke taska sebanyak RM2,000. Semak senarai penuh: