Tawaran Mengikuti Latihan Juruteknik Awam KTMB Terbuka Buat Lepasan Diploma & SKM

Panggilan buat calon yang Sijil Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Mekatronik/Elektrik & Elektronik dari Politeknik atau Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan dari institusi yang diiktiraf dan setaraf! Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuka peluang mengikuti program latihan Juruteknik Awam Jabatan Kejuruteraan Landasan seperti diiklankan.

Calon-calon yang terpilih akan dikehendaki menjalani latihan untuk tempoh selama 9 bulan di Akademi KTMB (MyRA) Batu Gajah, Perak. Calon-calon yang berjaya menamatkan latihan dan lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan, akan dipertimbangkan untuk ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut latihan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT LATIHAN

  • Majikan: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
  • Pengambilan: Pelatih Juruteknik Awam Jabatan Kejuruteraan Landasan
  • Tempoh latihan: 9 bulan
  • Lokasi latihan: Akademi KTMB (MyRA) Batu Gajah, Perak
  • Tarikh tutup: 15 Januari 2023

DESKRIPSI TUGAS

  • Menjalankan kerja-kerja survey serta pemantauan penyenggaraan landasan, sisian-sisian, terowong, , jambatan-jambatan dan pembentong peparitan dan lain-lain.
  • Menjalankan pemeriksaan berkala kepada landasan, sesimpang dan lintasrata.
  • Menjalankan kerja bancian (prospection) kepada bahan-bahan landasan untuk tujuan perancangan tahunan.
  • Menyelia kerja-kerja berkaitan pembaikan mesin-mesin penyelenggaraan landasan dan yang berkaitan.
  • Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan menggunakan kaedah ultrasonik dan Non-Destructive Testing (NDT) yang berkaitan.
  • Menjalankan kerja-kerja kecemasan seperti tanah runtuh, banjir dan lain-lain.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah berkelayakan seperti berikut:

  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Mekatronik/Elektrik & Elektronik dari Politeknik atau Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan dari institusi yang di iktiraf dan setaraf. Calon calon yang memiliki Diploma Kejuruteraan dalam bidang berkaitan seperti di atas dari Universiti/Politeknik digalakkan memohon.
  • Berusia 19 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik serta tidak buta warna.
  • Berpengetahuan dalam penggunaan Aplikasi Komputer Microsoft (Word/Excel/ Asses/Power Point) serta Aplikasi Auto Cad dan mempunyai pengalaman kerja berkaitan dengan Kejuruteraan Awam adalah satu kelebihan

CARA MOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan latihan dan jawatan ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web berikut:

Calon-calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dengan KTMB.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma