Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tiada Degree Pendidikan Tapi Nak Jadi Guru/ Pensyarah? Ini Kursus Yang Anda Kena Ambil

Oleh Cikgu Shaari • January 3, 2023 • 3 min baca

Tiada Degree Pendidikan Tapi Nak Jadi Guru/ Pensyarah? Ini Kursus Yang Anda Kena Ambil
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pernah terfikir tak, macam mana nak jadi seorang tenaga pengajar? Ataupun anda memang bercita-cita nak jadi seorang tenaga pengajar seperti guru atau pensyarah? Kerjaya sebagai tenaga pengajar ini boleh dikatakan antara pilihan utama pelajar lepasan Ijazah. Namun macam mana pelajar lulusan Ijazah dalam bidang bukan pendidikan nak jadi tenaga pengajar?

Yang tiada degree pendidikan dan nak sambung pengajian Sarjana (Master) Pendidikan sebab nak jadi tenaga pengajar anda kena tahu tidak semua Master Pendidikan ada Ikhtisas Pendidikan dan layak untuk mendapat penempatan sebagai guru atau pensyarah.

Jangan tersalah pilih kursus ketika sambung Master! Seorang pensyarah UTHM ini kongsikan laluan untuk menjadi tenaga pengajar dan panduan pilih kursus Master yang betul.

TAK SEMUA MASTER PENDIDIKAN ADA IKHTISAS PENDIDIKAN

Perkara penting yang calon kena tahu adalah tidak semua Master Pendidikan ada Ikhtisas Pendidikan dan layak untuk mendapat penempatan sebagai guru atau pensyarah.

Ikhtisas pendidikan bermaksud kelayakan untuk mengajar dalam bidang pendidikan. Hanya yang ada ikhtisas pendidikan sahaja LAYAK untuk menjadi tenaga pengajar dalam sektor kerajaan seperti pensyarah kolej vokasional dan guru sekolah.

Sebelum posting kita kena isi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dekat situ kelayakan hanya yang ada sarjana muda pendidikan sahaja tiada kelayakan untuk Master Pendidikan. Tetapi di UTHM ada satu course Master Pendidikan yang layak posting.

Kursus Master Yang Ada Ikhtisas Pendidikan

Ini senarai kursus Master yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kursus Master yang diajar ikhtisas pendidikan hanya Master Of Technical and Vocational Education (MBV). Kursus ini sahaja yang boleh posting.

Kursus MBV ini boleh dihabiskan setahun setengah sahaja ikut jadual ditetapkan oleh universiti. Apa kita lalui sepanjang pengajian?

  1. Belajar ikhtisas pendidikan
  2. Projek Sarjana hasilkan kajian isu semasa
  3. Latihan mengajar pada akhir semester di sekolah

Jadi yang tiada degree pendidikan nak sambung Master sebab nak jadi cikgu, anda boleh masuk kursus Master MBV.

Kursus Master Tiada Ikhtisas Pendidikan

Bagi kursus Master lain seperti MBM, MBE, MBC dan MBT tiada ikhtisas pendidikan. Kita akan belajar sepanjang semester:

  1. Subjek berkaitan kursus yang kita ambil
  2. Projek Sarjana (hasilkan produk)

Siapa yang sesuai ambil kursus MBM, MBE, MBC dan MBT ini?

  • Mereka yang ada degree pendidikan
    Mereka ambil course ini untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang. Contohnya kelulusan Degree saya Degree Pendidikan Vokasional (Eletrik) maka Waktu master saya sambung Master Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) MBE maka saya tidak perlu lagi sambung MBV untuk dapatkan ikhtisas pendidikan kerana saya sudah ada degree pendidikan. Oleh itu, saya layak posting institusi/sekolah kerajaan.
  • Mereka yang nak jadi pensyarah dalam bidang
    Kena ingat nak jadi pensyarah di universiti sekarang kelayakannya ada Phd, ada juga yang guna sijil master seperti kolej swasta dan UITM tetapi tidak banyak peluang.
  • Mereka yang nak sambung PhD dan nak jadi pensyarah dalam bidang diceburi
    Yang nak sambung Phd selepas Master tidak kisah nak ambil mana-mana kursus master.

UTHM ANTARA UNIVERSITI YANG ADA KURSUS PENDIDIKAN BERKUALITI

Oleh itu, jum lah masuk UTHM. Antara universiti yang ada kursus pendidikan yang berkualiti. Buktinya tempat kerja saya, Pensyarah Teknologi Elektrik ada 11 orang. Hanya 3 daripada universiti lain, 8 lagi semua dari UTHM. Bangga jadi alumni UTHM.

Apa kita mengajar juga berkaitan dengan apa kita belajar ketika di UTHM. Cara bekerja sebagai tenaga pengajar telah diterapkan ketika di Universiti lagi oleh itu kita tidak akan kekok ketika kerja.

Sekiranya anda berminat nak mohon pengajian master di UTHM, anda boleh terus ke laman https://cgs.uthm.edu.my/ dan pergi ke Admission.

Sumber

Baca juga: Tiada Degree Pendidikan Pun Boleh Jadi Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti. Pensyarah Ini Kongsi Caranya

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.