Tawaran Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA Melalui Penjadualan Semua Bayaran Balik Pembiayaan

Berkuatkuasa 1 Oktober 2022, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan pelan khusus bagi membenarkan pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan/ bersara tidak berpencen meneruskan bayaran ansuran bulanan pembiayaan LPPSA melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan di bawah Pelan Penyelesaian Hutang  (Debt Settlement Plan – DSP)

Permohonan DSP akan dibuka secara atas talian, penjawat awam yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen ingin menyelesaikan hutang sivil boleh buat penjadualan semua bayaran balik pinjaman.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA.

KELAYAKAN MOHON PELAN DSP

Pelan Penyelesaian Hutang  (Debt Settlement Plan – DSP) layak dimohon oleh:

  • Anggota yang bersara tidak berpencen (menamatkan perkhidmatan mengikut tempoh jangka pendek); atau
  • Penjawat awam yang meninggalkan perkhidmatan

Pelan DSP TIDAK LAYAK dimohon sekiranya:

  • Berstatus muflis/ bankrap
  • Hartanah telah dilelong

SYARAT PERMOHONAN

LPPSA telah menetapkan syarat permohonan seperti berikut:

DSP 1

  • Meninggalkan Perkhidmatan/Bersara Tidak Berpencen tidak termasuk diberhentikan kerja (masalah tatatertib).
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau bankrap.

DSP 2

  • Tidak layak DSP 1.
  • Bukan seorang Bankrap.
  • Mempunyai kemampuan bayaran balik.

BAYARAN BALIK & KADAR FAEDAH

Bayaran balik perlu dilakukan secara ansuran bulanan bermula sebulan selepas kelulusan. Kadar faedah pembayaran pelan ini adalah seperti berikut:

CARA MOHON

Permohonan Pelan Penyelesaian Hutang boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022 melalui Portal Online LPPSA di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ditawarkan, anda boleh terus ke facebook rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma