Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Cara Mohon Jawatan Di Kementerian Sumber Manusia Melalui Email, Tak Perlu Mohon Di SPA9

Oleh Cikgu Shaari • September 2, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Di Kementerian Sumber Manusia Melalui Email, Tak Perlu Mohon Di SPA9
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Sumber Manusia kini sedang membuka tawaran jawatan ksonga bertaraf kontrak buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun yang layak. Bagi yang berminat nak bina kerjaya dengan kerajaan, anda boleh buat permohonan melalui email sepanjang tempoh permohonan dibuka, tidak perlu buat permohonan melalui SPA9.

Calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk sesi temuduga dan menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Kementerian Sumber Manusia
  • Nama jawatan: Pegawai Penyelidik Sosial (Kontrak N41)
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Penempatan: Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
  • Tarikh tutup permohonan: 23 September 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran jawatan adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sumber manusia, ekonomi dan statistik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman kerja melaksanakan penyelidikan sekurang-kurangnya 3 sehingga 4 tahun;
  • Berpengalaman dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber manusia, ekonomi dan statistik;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
  • Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SKOP TUGASAN

Berikut adalah skop tugas jawatan yang ditawarkan:

  • Melaksanakan kajian terhadap polisi ekonomi yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia.
  • Menguruskan seluruh proses penyelidikan termasuk sesi libat urus dengan responden pensampelan kajian.
  • Merancang kerja-kerja penyelidikan, mengumpul data dan maklumat mengenai gaji dan gaji minimum secara berterusan;
  • Membuat analisis yang berkaitan gaji dan gaji minimum;
  • Menjalankan kajian impak dan perkembangan semasa (trend) pelaksanaan gaji minimum peringkat nasional dan antarabangsa;
  • Menyediakan laporan penyelidikan dan kajian berdasarkan tugasan yang diberikan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN); dan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui email dengan menghantar dokumen berikut:

  • Curriculum vitae (CV) beserta gambar terkini

Hantarkan dokumen tersebut melalui emel ke alamat mpgn@mohr.gov.my sebelum 23/9/2022.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En Mahathir di talian 03 8881 1334 atau En Harith di talian 03 8881 5156.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.