Adakah Pelajar Separuh Masa Layak Mohon Bantuan BPN Kategori Bujang. Terima RM800

Sebagai pelajar separuh masa yang berstatus bujang, pasti ada juga yang berfikir bahawa mereka juga layak menerima Bantuan Prihatin Nasional(BPN) kategori bujang. Jika sebelum ini persoalan mengenai jenis bantuan untuk  pelajar sepenuh masa berstatus bujang sudah terjawab di perkongsian lepas.

Namun kali ini adalah persoalan buat pelajar separuh masa. Adakah mereka layak menerima bantuan dalam kategori bujang? Ataupun mereka juga berstatus pelajar walaupun separuh masa?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jawapannya.

ADAKAH PELAJAR SEPARUH MASA LAYAK MOHON BPN KATEGORI BUJANG?

Berikut adalah perkongsian jawapan yang dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang membantu menjawab soalan pelajar separuh masa yang keliru kelayakan mereka untuk menerima BPN dalam kategori bujang.

Adakah Pelajar Separuh Masa Layak Mohon Bantuan BPN Kategori Bujang. Terima RM800

Menurut soalan yang ditujukan oleh anak Pak Mail, Zetty yang masih bujang dan merupakan pelajar IPT separuh masa, dia menanyakan sama ada dia layak untuk memohon BPN dalam kategori bujang atau dia hanya dalam kategori pelajar sahaja memandangkan dia merupakan pelajar separuh masa.

Jelas jawapan Siti menyatakan bahawa pemohon bujang yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak untuk memohon BPN B40 & M40. Walaubagaimanapun, kelulusan yang akan Zetty terima adalah tertakluk kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Ini bermakna, pelajar IPT separuh masa layak untuk menerima bantuan dalam kategori bujang B40 & M40. Menurut perkongsian lepas, jelas menyatakan bahawa pelajar sepenuh masa tidak layak untuk menerima BPN kategori bujang sebaliknya terima bantuan kategori pelajar sahaja.

Berbeza dengan pelajar sepenuh masa, pelajar separuh masa layak untuk menerima bantuan dalam ketgori bujang kerana mereka tidak sepenuhnya seorang pelajar. Ada juga yang bekerja sambil belajar. Jadi mereka berhak untuk memohon dalam kategori bujang.

Seperti golongan lain yang layak menerima bantuan juga, pelajar boleh membuat permohonan sehingga 30 April 2020 di pautan bsh.hasil.gov.my. Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan bagi pelajar separuh masa  yang keliru tentang kelayakan mereka menerima bantuan dalam kategori bujang.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma