Cara Mohon Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Di DBKL Terbuka Buat Graduan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa graduan yang masih menganggur dan berminat untuk bina kerjaya di DBKL mohon jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang ditawarkan. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan tersebut.

Bagi yang berminat, pastikan anda hantar permohonan melalui sistem yang disediakan selewat-lewatnya pada 11 September 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Nama jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pegawai Psikologi
  • Kadar Upah: RM100 sehari (Tertakluk kepada pencapaian KPI harian)
  • Tempoh perkhidmatan: 3 bulan
  • Waktu bekerja: 9 jam sehari termasuk waktu rehat
  • Tarikh tutup permohonan: 11 September 2021

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran sebagai Kaunselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia

CARA MEMOHON

Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL. Buat permohonan di laman berikut:

Calon yang mempunyai Ijazah dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, SPM dan Sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma