Senarai Pegawai Yang Diberi Kuasa Memegang Atau Menyimpan Kad Pengenalan Orang Lain
Ingat, setiap orang yang dikeluarkan kad pengenalan adalah bertanggungjawab atas kad pengenalan tersebut! Jangan berikan kad pengenalan anda kepada sembarangan orang kerana kad pengenalan merupakan dokumen diri yang sangat penting. Tidak mustahil ya jika ada individu yang biarkan orang lain memegang kad pengenalan mereka.
Hanya pegawai-pegawai yang diberi kuasa berdasarkan Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 layak untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai pegawai yang diberi kuasa memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain.
Isi Kandungan
SENARAI PEGAWAI YANG LAYAK MEMEGANG KAD PENGENALAN ORANG
Berdasarkan Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, antara pegawai yang layak memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah:
- Pegawai pendaftaran
- Pegawai Polis
- Pegawai Kastam
- Anggota Tentera Yang Bertugas Menjaga Dan Mengawas
- Mana-mana Pegawai Atau Kelas Atau Pegawai Awam Yang Diberi Kuasa Oleh Ketua Pengarah
Pegawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN menyimpan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri. Adalah menjadi kesalahan bagi pengawal keselamatan untuk menyimpan dokumen pengenalan diri pelawat.
KESALAHAN MEMEGANG ATAU MENYIMPAN KAD PENGENALAN ORANG LAIN
Memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi SATU KESALAHAN, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan:
- Penjara tidak melebihi tiga tahun atau
- Denda tidak melebihi RM20,000 atau
- Kedua-duanya sekali
Sekiranya anda ingin membuat satu urusan penting yang memerlukan salinan kad pengenalan, pastikan salinan dokumen kad pengenalan anda telah DIPANGKAH atau DIPALANG dan ditulis atas urusan apa bagi mengelakkan kad pengenalan anda di eksploitasi oleh pihak lain.
Rujuk: Cara Buat Palang Di Salinan Kad Pengenalan Untuk Sebarang Urusan, Elakkan MyKad Disalah Guna
Semoga bermanfaat!