Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Tarikh Pengemaskinian UPUOnline Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • August 18, 2022 • 2 min baca

Tarikh Pengemaskinian UPUOnline Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2022/2023 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf telah dibuka pada Januari 2022 lalu. Namun KPT kini memaklumkan fasa pengemaskinian UPUOnline buat lepasan STPM/ Setaraf mulai 22 Ogos 2022.

Lepasan STPM/ Setaraf yang telah membuat semakan keputusan peperiksaan STPM boleh membuat pengemaskinian permohonan di UPUOnline sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut fasa pengemaskinian dan permohonan baharu UPUOnline lepasan STPM/ Setaraf sesi akademik 2022/2023.

PENGEMASKINIAN UPUONLINE

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan mengikut kategori masing-masing:

  • Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ STAM – Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temuduga dan/ atau ujian
  • Lepasan Diploma/ Setaraf – Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja

TEMPOH PERMOHONAN BARU & PENGEMASKINIAN

Tempoh diberi untuk lepasan STPM/ Setaraf membuat pengemaskinian UPUOnline adalah seperti berikut:

  • Tarikh buka: 22 Ogos 2022 (Isnin) jam 12 tengah hari
  • Tarikh tutup: 26 Ogos 2022 (Jumaat) jam 5 petang

KEMASKINI PERMOHONAN UPUONLINE

Calon yang telah buat permohonan UPU sebelum ini boleh kemaskini permohonan sehingga 26 Ogos 2022 di pautan berikut:

Untuk mengikuti maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon dinasihatkan untuk layari laman Facebook rasmi dan portal rasmi UPU melalui pautan yang disediakan di bawah.
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.