Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir N41 Di MQA Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kini membuka peluang jawatan kosong sebagai Pegawai Tadbir untuk diisi oleh individu berkelayakan. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan secara kontrak (Contract of Service) untuk perkhidmatan di MQA seperti yang diiklankan.

Graduan dari pelbagai bidang pengajian atau individu yang berpengalaman boleh mengisi borang permohonan secara atas talian selewat-lewatnya 20 Januari 2022. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Nama jawatan: Pegawai Tadbir N41
  • Kumpulan Perkhidmatan: Kontrak untuk perkhidmatan
  • Bayaran Perkhidmatan: RM3,183.43 sebulan
  • Tempoh perkhidmatan: 2 tahun

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Tugas Pegawai Tadbir di MQA adalah bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan bagi tugasan berikut:

  • Penilaian permohonan Akreditasi Program dan Audit Institusi
  • Pengurusan permohonan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) dan penilaian Pusat Penilaian APEL

CARA MEMOHON

Sekiranya anda calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara dalam talian di Portal Rasmi berikut:

Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia: 03 8688 3714/ 3619/ 3620
  • Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat: 03 8699 1912

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma